24 Ogos 2008

Misi Lima April

I have many story to tell. Tapi di blog yang lagi satu tu mungkin tak sesuai untuk memuatkan entri entri yang berbentuk sebegini. Dan di sini, saya tak memerlukan apa-apa publisiti. Kalau boleh saya tak mahu orang jumpa pun blog ini.

Tapi kalau sekadar nak berkongsi fikiran dan fenomena yang berlaku sepanjang menunju misi lima April 2009 ni, apa salahnya. Kan?

Petang tadi mak abah fandi datang. Tarikh bagi hari bersejarah dalam hidup saya telah di tetapkan. Jadi mulai sekarang, saya harus serius 200% untuk menjayakan hari tersebut!

Misi 5 April 2009 akan di lancarkan sederhana dan mengikut kemampuan. Almaklumlah, saya ni bukannya orang senang. Harapkan wang gaji dan hantaran yang ciput tu je lah saya nak uruskan segala. Tapi tak apa lah, skurang kurangnya saya menghargai nilai sebuah perkahwinan tu. Nak di bandingkan dengan perkahwinan yang di taja sepenuhnya mahupun separuh.

Apa apa pun, saya harapkan sokongan kamu kamu dan kamu semua untuk membuatkan saya tabah dalam menjayakan Misi Lima April 2009 itu nanti.

Takut beb!

2 ulasan:

Marjerin berkata...

wow..nak kahwin yer..baguih2

ainisz berkata...

saya nk baca bleh?