07 Oktober 2008

Bilik Pengantin

sekadar gambar hiasan

Aku rasa, aku patut kagum dengan diri sendiri. Sebab aku tak payah nak tunggu dan harapkan duit lelaki untuk beli set bilik tidor sendiri.

Aku gembira ni. Sebab tadi aku dah beli set bilik tidur. Sekarang aku cuma tunggu lori delivery datang hantar semua set tu. Aku beli set yang sederhana dari segi harga. Sebab nak guna pun sementara je. Nanti dah pindah rumah baru nanti nak beli lagi. Mungkin.

Jadi tadi aku pun pergi la ke kedai perabot Ahben di pekan Ligamas tu. Duit simpanan hasil dari duit gaji ngan freelance sedikit sebanyak tu dah cukup untuk aku membuat sebarang pembelian. Maka aku mulakan dulu dengan set bilik tidur. Aku malas nak tangguh-tangguh lagi. Sebab ni bukan pertama kali wang simpanan aku mencukupi. Sebenarnya sebelum ni wang simpanan aku pernah cukup. Tapi oleh kerana bertangguh sebab lambat lagi kononnya, lama lama habis macam tu je duit aku. Menyesal betul.

Bagi aku, set bilik tidur bagi pengantin ni tidak kurang pentingnya. Walaupun aku ni miskin dari segi kewangan untuk beli set bilik tidur yang grand, aku bersyukur sebab aku kaya dengan idea macam mana nak hias bilik tidur tu kasi nampak comel dan cantik walaupun perabot nye cikai. Im a creative people. So aku tak perlukan wang yang banyak untuk dihabiskan ke atas perabot.

Mak pun tak kisah. Alhadulillah dia semakin memahami. Aku pun rasa macam agak best la sebab akhirnya aku dpt beli set bilik tidur guna duit sendiri macam yang aku harapkan. Tak macam separuh pengantin yang aku dengar, semua mengaharapkan duit hantaran. Soooo Manja okay?

Settle perkara tentang bilik tidur. Sekarang ni, kena la pulak aku pikirkan tentang;

  • Cadar yang macam mana?
  • Nak letak rug ke tak?
  • Nak main dengan lighting macam mana
  • Nak cat bilik warna apa?
  • Nak letak bunga macam mana?
Oh, aku memang cerewet kalau bab warna dan dekorasi. Seperti cadar misalnya. Walau aku memang terkenal dengan pilihan warna dan design yang simple tanpa rambu-ramba dan lace sana sini, aku sebenarnya minat dengan corak bunga Inggeris macam yang kat bawah ni;

sekadar gambar hiasan

Tapi bila pikir pikir balik, aku tetap sukakan yang simple dan plain. Mungkin cadar polos dari kain satin misalnya?

Kemudian, mungkin aku akan tambah floor lamp untuk mencipta suasana kelam romantik di dalam bilik tu. Kalau boleh aku nak samarkan perabot-perabot dalam bilik pengantin tu dengan tindak balas cahaya dan dekorasi yang lain. Alas lantai....mungkin tak kot sebab ruang bilik pengantin tu tak la besar mana. Jadi, kalau nak adakan jugak, aku letak yang kecik je kot. Persoalan kenapa aku tak perlukan wedding planner untuk hias bilik pengantin aku, sebab aku lebih suka untuk aku hias sendiri, beli lampu sendiri, so aku tak payah susah susah nak bukak balik lampu yang mak andam tu letak kat bilek pengantin aku.

Aku memang particular dengan bilik tidur. Senang cerita, aku memang ambil kisah dengan ruang rumah aku. Aku tak kisah pakai benda murah, asalkan lawa dan sedap mata memandang. Bagi aku, kalau aku bali mahal mahal pun, orang takkan dapat nilai harga dia. Kecuali kalau orang tu betul betul pakar dalam penilaian harga sesetengah benda. Tapi, kalau aku berjaya buat sesuatu benda tu nampak cantik, semua orang dapat menilai yang benda tu cantik.

Kalau mengenai rumah, mungkin yang pernah datang rumah aku di KKB ni, cakap aku macam takde la particular sgt tentang rumah. Tapi sebenarnya, ni bukan rumah aku. Dan aku tak ada duit nak make over rumah mak aku ni. Takpe, nanti lepas kawen, aku bawa kamu semua ke dalam cerita aku dan rumah aku pulak ya!

Cuma sekarang aku agak risau, takut dekorasi untuk bilik ni, melebihi dari harga set perabot pulak. haha.

Untuk cadangan cadar katil yang ringkas dan menarik. saya syorkan anda ke Cadar Shop.

Sehingga bertemu lagi di lain entri.

2 ulasan:

zelin13 berkata...

nk tny..website virtual interior design tu ape nama die ek.. ;) thnx..

shira-iera berkata...

cadar shop kr ner??