29 Disember 2008

Ada sesiapa tahu dekat mana aku boleh beli bunga murah-murah?

Oh hye! Sebelum tu aku nak mintak maaf sebab dah lama tak kemas kini blog ni. Sebab aku agak sibuk dengan hal-hal remeh yang lain. Sibuk melawat kenduri kahwin kakak kawan lah. Sibuk shoot wedding lah. Ke kedah lah. Dan macam macam lagi.

Dan lagi satu, aku tak tau kenapa bloglist di sidebar aku hilang. Agak leceh nak kemaskini semula. Jadi beri aku masa untuk aku cari balik blog blog yang menarik untuk kita baca, serta link-link blog baru yang aku jumpa yang juga bagus untuk di jadikan tips untuk semua.

Kali ni selain bagi tips, aku nak mintak tolong bagi sesiapa yang tahu, dekat mana aku boleh dapatkan bunga yang cantik dan murah? Aku nak bunga yang macam gambar di atas. Maksud aku, bunga yang nampak macam fresh flower. Gambar di atas aku snap semasa berkunjung di KK Home Deko kelmarin. Agak mahal. Setangkai, 10 kuntum, RM19.90 kalau tak silap. Blarrgh! Kalau harga SEJAMBAK ada 20 kuntum RM19.90 mungkin aku boleh consider lagi.

Dan aku tak pasti samaada bunga segar di Petaling Street harganya lebih murah atau tidak? Aku taknak guna bunga segar untuk hantaran aku ni bukan sebab apa. Aku buat hantaran aku sikit sikit bermula dari bulan Januari. Sebab seminggu sebelum 5 April, aku nak hantaran aku siap semua. Jadi, mustahil la kalau bunga segar dekat hantaran aku tu boleh kekal segar kalau aku mula dari sekarang kan.

Ada cadangan?

Ok sebelum aku habiskan, aku jumpa satu benda murah dekat KK Home Deko kelmarin,

Tet teret tet tetttt...Alas dulang lace yang berharga RM3.90 sahajaaaa!!!! Beli weh. Sebab aku tengok dekat kedai-kedai biasa setakat ni yang paling murah pun RM6.00. Banyak lagi warna. Tapi oleh sebab color theme aku ada warna putih so aku shoot yang ni je lah.

OK aku rasa KK Home Deko patut bayar royalti dekat aku. Ahahaha. OK, sambung besok. Nak ulas sedikit pasal wedding yang aku pergi baru baru ni.

Sehingga bertemu lagi di lain entry.

11 ulasan:

Sue Anna Joe berkata...

Hmm, dekat PJ Old Town rasanya ada bunga-bunga yang murah, tapi tak pasti adakah ia nampak sereal dan tidak secikai, tapi harga rasanya boleh tahan. Nak bagi exactly price tak pasti la plak.

As for fresh flowers, florestika bangsar cun, tapi harganya sedikit mahal, tapiii katanya ada dia punya laki ke bini ke sedara ke apa tah, tak pasti, yang ada jual kat petaling street kot, dengan harga yang lagi murah. Dan bunga cantik, segar and banyak gak english flowers.

Mmm. Kalau betul-betul nak, I can ask my friend, rasanya dia tahu. And the guy yang buat pelamin I dulu pon rekemen gak kat situ.

durian berkata...

noe,
aku tau satu tempat kat pudu..dekat2 cm..
bunga fresh. tapi kena tunggu time lori sampai. dalam pukul 11, 12 mlm.

nanti semua orang akan berebut. macam beli dadah aku tak tipu. tak silap aku bunga tu fresh dari cameron highland kot.

tapi setelah aku menyaksikannya, baru aku tahu betapa semua orang suka bunga.

gila.

Dayu berkata...

rasanya u lagi arif kalau kedai2 kat KL ni
ta try tgk kat chow kit ke noe?

chik Star berkata...

hi noe,
tak silap saye kt nilai ade bnyk jual bunge mcm ni.
mcm saye kt epoh nih, ade jugk keda yg juai bunge yg cm noe nk ni, tpi jaoh lar pulak.

aah noe ,dekt kk home deco, bunge2 plastik dye mhal betul..

alas dulang tuh, minggu lepas sye pegi kk home deco di ipoh nih belom ade lg. tak per mingu depn bole pg tgk lg sekli.

thk alot noe, sebb bnyk bg idea.
hihi.

~ms tepung~ berkata...

jalan tar (tomei, bunga reben, yg lain xingat nama kedai). semua house (yin riben, sin yin) leh try tgk..
walaupun mgkn x le secantik fresh flower tp adalah iras2...

zatix berkata...

Cuba pergi dekat Fah Lean, situ bunga dan barang-barang hantaran lain penuh..harga pun orait

http://fahleanfloral.com/

my hidden stories berkata...

bagi saya..bunga yg nmpk cam fresh flower ada kat SSF..tapi agak mahal..u boleh tgk blog i, contoh hantaran yg i dah buat..sumer org datang umah i time i tunang tu, dorg ingat fresh flower.. =)

4weddingku.mya berkata...

Hi There!
First of all, thank u for linking us!
I think ur blog about wedding tips on your own way memang super cool!!
Can i link u back?

About bunga artificial ni,
I agreed dengn "My Hidden Stories"! Bunga di SSF sangat cantik tapi a bit pricey! Kalau u ada kenalan yg ada card discount,boleh dapat up to 40% discount tau!! To bad i tak de, kalau tak boleh get for u...

I also agreed dhn Chik Star!
Bunga kat Nilai3 ada yang cantik! & Paling penting,murah! Jangan pergi yg kedai besar2 tu.. kedai yg small to medium size! Lagi best, siap boleh tawar. I hope this help...

fynn jamal berkata...

noe, sini mai dtg nilai 3.
fynn bawak tpt2 murah.

fynn dok sini. so tau dah yang mana.

kalau nak kat kl, CCF is TO DIE FOR.

murah. seswai utk bouquet, sanggul kepala (like magic), even hiasan bilik pengantin.

kalau noe dtg sini, beli barang, tunjuk nak buat hak mana, fynn buatkan free of chass. mmg suka buat. adik / kawan / kazen tunang smua fynn suka sibuk2. hahaha.

lagi satu, barang2 kawen ni, lain item, lain tpt yang murah. ok?

kalau la nak...
:)

Ladynoe™ berkata...

wah ccf tu ape? kat mana? fynn duk nilai 3 ka? ya Allah, seronoknya tempat tinggal!

aritu pgi nilai 3 dapat singgah 2jam ja!

AlmaGrafico berkata...

best ar baca blog u. terhibur gak i kalo bosan2 n sambil2 cari idea nk kawen.

nardea. :)