Macam aku sudah kena. Sebelum ini memang aku sangka Jessica dah bagi aku murah. Memang murah lah untuk sesetengah benda sebelum ini. Tapi aku rasa mungkin dengan aku dia dah kasi banyak sangat murah, jadi ada sesetengah benda dia nak cover balik.
Bakul ni macam nampak sweet. Tapi aku dah banyak tertipu dekat sini. Semalam, aku , mak, along, angah pergi ke kedai Jessica. Nak mintak kensel. Of Course lah tak boleh. Aku dah agak tak boleh kensel sebab jessica cakap dah siap semua dah. Tapi tinggal kat rumah. Padahal aku dah suruh jessica bawak semua sebab kalau dah siap aku nak ambil terus. Dia kata dia tak sempat. Tak sempat apa? Tak sempat bawak dia kata. I got u there!
Dua, dia cakap bakul tu harga RM3.80 dan bunga tu harga RM4.80, sapu tangan bodoh warna biru tu harga RM1.20. Total RM9.80. Tapi dengan aku dia kasi diskaun RM7.50 kononnya. Angah aku agak licik. Dia ambil satu set souvenir sapu tangan siap berbungkus cantik macam ni

Angah aku tanya harga dia berapa, Jessica jawab 80 sen sahaja. Then angah aku tanya
"Kenapa tak masukkan sapu tangan yang ini sahaja dari u kasi sapu tangan buruk tu harga mahal sampai satu RM1.20?"Masa tu muka Jessica dah berubah.
Obviously turns to red tau. I got u there too!Kami cuba nak cancel kan souvenir tu sebab ye la, janji ambik hujung bulan satu. Macam tipu je dah buat kan. Memang lah mustahil nak suruh dia pulangkan duit, tapi mungkin duit deposit tu kami boleh replace dengan benda-benda lain. RM100 tu..banyak tuuu...
Dan paling sakit hati bila kami ke De Hantaran Enterprise, bunga cantik yang kononnya jessica cakap RM4.80 tu sebenarnya harga dia di jual dengan harga RM2.50 dekat De Hantaran. Dan di De Hantaran, baru aku tau yang Auntie May beli dekat SSF. So, kalau aku beli terus dekat SSF, berapa la kan harga dia kan?
Haih. Aku rasa ralat sangat. Mak asyik cakap tak kisah tak kisah macam lah dia orang kaya.
Abang aku suruh burn je RM100 tu kan. Pegi mampos la dengan Jessica dia kata. Tapi aku still rasa ralat lah. Sebab memang tak dinafikan ada certain barang yang aku boleh dapat murah dari Jessica. Contohnya uncang untuk letak souvenir; Semua kedai aku pergi paling murah pun RM1.10, Tapi dengan Jessica aku dapat RM0.80 sahaja.

Hem. Macam mana tu? Memang kita tak boleh nak stick dengan satu kedai je kan?
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Selain berjalan dari kedai ke kedai, aku juga suka bikin blogwalk lah. Macam semalam aku jumpa
blog yang betul betul berniaga nak tolong pengantin lah.Souvenir/favour yang dia kasi memang bagi aku amat berpatutan dengan harga dia. Aku pun dah order satu kotak mengkuang (orang melayu lama panggil BUJAM) yang plain tanpa hiasan reben. Dan untuk itu tuan punya kedai/blog ni charge satu RM1.30 sahaja.

Jujur, aku memang suka dengan bunga yang jesicca jual kat aku tu. So sebab tu aku order Bujam yang plain. Sebab aku nak letak sendiri bunga tu nanti. Mula mula mak aku nak order 50 kotak ja. Bila dengar harga dia affordable, terus mak aku cakap nak order 100. Terima kasih tuan
kedai/blog. (aku lupa nama dia)Nasihat aku, kalau bab wedding favour ni, elakkan lah kasi benda yang merepek macam lilin lah, sabun lilin lah, potpuri lah. Bagi aku, lebih baik bagi benda yang orang akan macam..nak buang, sayang. Faham tak?
Contohnya, macam apa yang aku buat, untuk VIP souvenir ni, aku kasik la bujam yang comel macam ni. Dalam dia mungkin aku letak telur, yang boleh di gunakan untuk makan. ATAU, aku akan letak sapu tangan, yang boleh di gunakan untuk lap peluh. Even kalau telur makan dah habis, sapu tangan dah hancur, tapi kemungkinan besar orang akan simpan bekas Bujam tu kannnn? Kan? Macam sayang je nak buang kan?
Souvenir untuk semua tetamu, ikut kemampuan aku sekarang, mungkin aku akan bagi telor dalam uncang kecik biasa je. Uncang tu mungkin orang akan buang ja, tapi sekurang kurangnya, telur tu orang boleh makan. Kan?
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
ELAKKAN bagi souvenir merepek yang bagi aku tak cool seperti;
1) Pot puriSebab leceh la potpuri ni. Berserabut bila dalam kuantiti yang sikit. Ada ke orang nak simpan lagi potpuri ni?
2) Sabun Gantung-gantungAku minta maaf sebab aku terpaksa cakap yang souvenir ni gila kampung.
3) Frame Gambar muka kamu dan pasangan kamuAku tak berani nak cakap lebih lebih. Tapi bagi aku ianya tidak cool. Siapa la yang nak simpan muka kamu berdua tu? Sigh sigh dan sigh.
4) Kalendar muka kamu dan pasangan kamuMak aku cakap, elakkan bagi gambar la..nanti ada tetamu tak diundang dapat doorgift tu nanti bawak pergi jampi jampi kan? Hihih.
5) Keychain bunga bungaIni perkara subjektif sebab aku tak berapa pasti samaada ada lagi kah orang yang gemar menggunakan keychain bunga bunga ni? Sebab mak aku yang tahap makcik makcik tu pun dah pandai pakai keychain lampu suluh. HIhihih.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Bagi yang mampu, aku cadangkan bagik la souvenir yang beguna. Yang orang sayang nak buang. Paling tidak pun, orang boleh makan souvenir tu. Seperti
1) TelurTipikal tapi vintage. Bagi aku, kalau aku pergi majlis kahwin, aku lebih suka dapat telur, di mana aku boleh makan dekat situ jugak. Atau dekat rumah, kumpul banyak banyak, boleh buat sambal telor. Trend terkini, orang bagi telur itik. Style jugak, kan?
2) Sapu tanganOrang boleh guna hembus ingus. Dengan syarat, bekas sapu tangan ni mesti comel dan stok orang sayang nak buang. Jadi walau orang dah tak guna sapu tangan tu sebab dah tak mampu nak tampung hingus lagi, orang still dapat bekas dia.
3) KipasAku paling suka ni. Kalau panas kat majlis tu, tang tu jugak aku berkipas.

Kalau suka kipas yang macam ni, dekat De Hantaran Enterprise harga dia cuma RM1 sahaja. Kalau aku mampu, memang aku nak bagi orang souvenir kipas. Dan bagi aku, once aku dah bagi souvenir kipas ni, tak payah nak susah susah siap beruncang. Leceh dan membazir. Kau print kad bertulis nama kau dan pasangan kau, dan ucapan terima kasih, kau ikat dekat tali tu. Sudah. Jimat kos.
Atau kalau nak lagik style, kamu tempah satu cop stamp, yang bertulis "Perkahwinan Aku dan Suami aku" (contoh) dan malam 2-3 hari sebelum tu, cop lah di hujung kipas tu. Memang sampai bila bila orang akan ingat bahawa kipas tu mereka dapat dari majlis perkahwinan kamu. Nak tempah cop stamp tu, baru RM30. Tak payah leceh leceh nak ikat kad kat tali tu.
Ingat, berbelanja ikut keperluan. Tiada istilah "alah membeli menang memakai" dalam hal nak bagi souvenir kat orang. OK?
4) TasbihPaling cool. Memberi sambil 'menerima'. Bayangkan kalau orang yang dapat tasbih tu, kemudian guna tasbih tu. Boleh fikir apa yang kamu dapat kembali? Aku pernah dapat souvenir tasbih tu masa aku buat wedding shoot dekat kajang. Dia kasi tasbih tu dalam bekas macam ni.

Idea dia bagus. Aku macam nak buat. Tapi malangnya yang kawen tu sepupu Tunang aku. Nanti kalo aku buat, dia kata tiru pulak, Keh keh keh. Bekas macam ni, dekat blog yang aku cerita tadi just RM1.60 kalau aku tak silap. Dan tasbih satu bekas ada 100 utas dekat maiden, baru berapa ringgit. Bawah RM20 kalau aku tak silap. Bila aku tengok mak aku guna balik tasbih yang aku dapat dari kenduri tu, fuh...memang pelaburan yang baik lah kan.
5) Sabun mandi biasaPun dengan syarat, letak dalam bekas yang cantik. Bujam, kotak harta karun mungkin..
6) Makanan lain - gula gula, jelly, kek,Tak kisah dalam bekas apa kamu kasi souvenir ni, ianya tetap manis dan di terima.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Untuk tetamu yang kamu nak labelkan sebagai VIP, elok lah kamu rancang elok elok bagaimana rupa bekas yang nak di kasi. Contoh macam aku cerita apa yang aku jumpa dekat KK HOME DEKO sebelum ini,

Aha! Harga dia RM5 sahaja. kalau beli seratus diskaun RM4.50. Kalau lebih lagi mungkin murah lagi! Ini lah kotak harta karun yang aku maksudkan tu. sangat sesuai dijadikan doorgift untuk tetamu VIP. Cantik kan? Tapi bukan untuk aku la. Idea doorgift ni dah terlebih dahulu di book oleh tunang aku sendiri untuk kenduri sebelah lelaki. Huhuhuhu.
So be realistic, kalau kamu dapat souvenir macam kotak harta karun atau bujam seperti di atas ni semua, mesti kamu sayang nak buang kan?
Kalau ada cadangan lain untuk souvenir, kamu boleh cadangkan di sini agar kita boleh berkongsi!
Macam panjang je aku membebel kali ni kan?
Ok, sehingga bertemu di lain entry!