Mentang-mentanglah aku tengah sibuk edit gamba kahwin sejak akhir-akhir ni. Jadi topik hari ni pun berkenaan jurugambar perkahwinan pulak.
Aku memang bukanlah berduit sangat. Tapi normal la, orang yang berduit tu, dapat duit bukannya macam petik jari. Sebab tu aku didik atur minda (mind set) aku supaya mempunyai prinsip - "Nak duit, mesti kerja"
Jadi, selain dari kerja aku sebagai Designer yang hari-hari tekanan jiwa di agensi pengiklanan tu, aku juga membuat kerja sampingan (freelance) sebagai wedding photographer dan personal designer secara kecil-kecilan. Habis, kalau tak, mana aku nak cekau duit beli perabot bilik pengantin, bayar duit pelamin segala? Abah aku dah tak ada. Mak aku tak kerja.
Dan kerana ini lah aku selalu kurang tidur;
Kerana semua ini lah aku letih-letih badan.
But the truth is, i earn money from all of em.
Kerjaya sambilan aku sebagai jurufoto perkahwinan memang tidaklah meluas lagi. Selalunya client aku pun dikalangan saudara mara, saudara kawan, sepupu punya sepupu belah adik ipar mak aku, ha macam tu la. Tapi kalau boleh aku taknak jadi jurugambar perkahwinan kawan aku pun. Kawan kawen weh. Nak jugak pakai lawa-lawa kan.
Oleh kerana aku pun reti sikit-sikit bab penggambaran hari perkahwinan ni, maka aku tak pertikaikan sangat dengan harga perkhidmatan yang mahal. Contoh, saiful Nang dari candid syndrome. Orang tak berkemampuan macam aku, memang buang jauh-jauh la hasrat nak pakai dia. Lagi pun, kenduri kecil-kecilan macam Misi 5 April nanti, tak perlulah aku nak upah jurugambar yang super duper handal dan mahal kan. Memadai kalau jurugambar aku nanti dapat capture yang penting-penting.
Untung juga bila berkerja di dalam bidang macam aku ni, banyak yang aku boleh buat sendiri. Aku boleh print sendiri bila mana aku dah berduit nanti. Dan aku boleh touch up sendiri gambar mengikut kepuasan hati.
Contohnya gambar Wani dan Naim yang belum di edit ni;
Kalau nak ikutkan gambar ni biasa je. Composition biasa. Art direction pun biasa. Ruang kamar yang terhad untuk aku undur ke apa ke. Lense pun pakai lense biasa je. Tapi untuk nampak lebih menarik, tambah sikit idea dan kreativiti nak kasi gambar ni nampak lebih dramatik (terutama client yang inginkan custom album), apa lagi, goreng la kaw-kaw kat Photoshop kan?
Maka jadilah macam yang kat atas ni...Nampak beza dia?
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tips memilih jurugambar perkahwinan yang aku gariskan untuk diri sendiri
1) Aku tak suka gambar yang di edit berserabut. Nak letak kerawang-kerawang boleh, tapi jangan over sampai ada pulak akar bunga keluar dari sanggul, keluar dari celah kangkang segala.
2) Aku tak suka font yang berekor-ekor. Dari segi art direction, penggunaan font yang berekor berjurai-jurai adalah sesuatu yang salah kalau gambar tu dah terlalu crowded. Maksudnya, pengantin dah pakai gaun jurai-jurai. Ada bunga mekar sana-sini. Sekali kau letak font jurai-jurai pulak. Itu salah. OK?
3) Aku tak suka jurugambar yang suka sangat main dengan lense corection di filter (siapa biasa dengan photoshop, tau apa yang aku maksudkan)
4) Aku tak suka teknik photo collage yang caca merba. bertindih tindih, tak ada guidline. Serabut la weyyy...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tips untuk pengantin yang aku cadangkan:
1) Sebelum kahwin, cuba berimaginasi, bagaimana kamu nak beraksi di depan kamera. Takde la nanti kamu tertanya-tanya jurugambar "nak posing macam mana?"..."lepas ni nak buat macam mana?"..dengan tersipu-sipu malu lagi...alahaiii mak ngah.
2) Kalau kamu pengantin chubby, elakkan bergambar mengadap kamera. Kalau boleh mengereng sket ke..ha..
3) Kalau gambar nak nampak 'class', aku cadangkan kamu tak payah senyum bila kamu sedar photographer tu nak snap. Kalau boleh, biarlah wajah senyum kamu dirakam secara candid. Sebab bagi aku, senyuman yang semulajadi tu, lebih manis dari senyuman yang di buat-buat bila kamu mengadap lensa kamera. Itu bagi aku lah. Tak suruh kamu setuju pun.
4) Kalau bayaran servis itu mahal seperti lebih RM1800, pastikan jurugambar yang datang untuk majlis kamu itu lebih dari seorang. Dan pastikan bayarannya setimpal dengan servis atau pakej yang ditawarkan.
5) Kalau boleh tengok sample hard copy. Sebab sample kat fotopages ke...flickr tu ke..semua sample yang terbaik yang dipilih untuk dipamerkan. Mana ada orang nak pilih hasil kerja yang tidak menarik untuk dijadikan portfolio, kan?
Heheheh. itu je satu tips.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Untuk aku, aku dah ada jurugambar tersendiri.
Perkenalkan SAM RAIS.
Di mana dia pun tak percaya aku beri kepercayaan untuk dia rakamkan detik-detik yang berlansung semasa 5 April 2009 nanti.
Kenapa aku pilih dia?
1) Harga dia sama macam harga market aku.
2) Sticky album dia cantik. Aku tak berapa gemar custom album. Proses lambat. Aku bukan penyabar sangat. Tengok la macam job aku baru-baru ni, seminggu pun belum tentu siap 22 mukasurat. Hiihihi. Lagipun custom album ni, kalau tak kena gaya edit, memang hancur. Aku kan cerewet bab art direction ni.
3) Promosi dia sangat awesome. Bayangkan kenduri malam berinai rumah aku, hari sanding, dan kenduri di rumah fandi semuanya RM1500. Gila Promosi. 3 hari, RM1500??!!! + Hasil kerja yang cantik. + free outdoor shooting...mak aihhh...nak apa lagi?
Ok dah la. Promote sket-sket je Sam. Hahah.
Kamu boleh dapatkan perkhidmatan dia jugak. Tapi ingat, date untuk 4th, 5th dan 12th April -already BOOKED!!
OK lah, panjang jugak aku mem-blog kali ni. Aku nak keluar jumpa mak andam aku. Nak deal pasal pelamin dan bayar deposit.
Semoga bertemu lagi di lain entri.
Aku memang bukanlah berduit sangat. Tapi normal la, orang yang berduit tu, dapat duit bukannya macam petik jari. Sebab tu aku didik atur minda (mind set) aku supaya mempunyai prinsip - "Nak duit, mesti kerja"
Jadi, selain dari kerja aku sebagai Designer yang hari-hari tekanan jiwa di agensi pengiklanan tu, aku juga membuat kerja sampingan (freelance) sebagai wedding photographer dan personal designer secara kecil-kecilan. Habis, kalau tak, mana aku nak cekau duit beli perabot bilik pengantin, bayar duit pelamin segala? Abah aku dah tak ada. Mak aku tak kerja.
Dan kerana ini lah aku selalu kurang tidur;
Kerana semua ini lah aku letih-letih badan.
But the truth is, i earn money from all of em.
Kerjaya sambilan aku sebagai jurufoto perkahwinan memang tidaklah meluas lagi. Selalunya client aku pun dikalangan saudara mara, saudara kawan, sepupu punya sepupu belah adik ipar mak aku, ha macam tu la. Tapi kalau boleh aku taknak jadi jurugambar perkahwinan kawan aku pun. Kawan kawen weh. Nak jugak pakai lawa-lawa kan.
Oleh kerana aku pun reti sikit-sikit bab penggambaran hari perkahwinan ni, maka aku tak pertikaikan sangat dengan harga perkhidmatan yang mahal. Contoh, saiful Nang dari candid syndrome. Orang tak berkemampuan macam aku, memang buang jauh-jauh la hasrat nak pakai dia. Lagi pun, kenduri kecil-kecilan macam Misi 5 April nanti, tak perlulah aku nak upah jurugambar yang super duper handal dan mahal kan. Memadai kalau jurugambar aku nanti dapat capture yang penting-penting.
Untung juga bila berkerja di dalam bidang macam aku ni, banyak yang aku boleh buat sendiri. Aku boleh print sendiri bila mana aku dah berduit nanti. Dan aku boleh touch up sendiri gambar mengikut kepuasan hati.
Contohnya gambar Wani dan Naim yang belum di edit ni;
Kalau nak ikutkan gambar ni biasa je. Composition biasa. Art direction pun biasa. Ruang kamar yang terhad untuk aku undur ke apa ke. Lense pun pakai lense biasa je. Tapi untuk nampak lebih menarik, tambah sikit idea dan kreativiti nak kasi gambar ni nampak lebih dramatik (terutama client yang inginkan custom album), apa lagi, goreng la kaw-kaw kat Photoshop kan?Maka jadilah macam yang kat atas ni...Nampak beza dia?
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tips memilih jurugambar perkahwinan yang aku gariskan untuk diri sendiri
1) Aku tak suka gambar yang di edit berserabut. Nak letak kerawang-kerawang boleh, tapi jangan over sampai ada pulak akar bunga keluar dari sanggul, keluar dari celah kangkang segala.
2) Aku tak suka font yang berekor-ekor. Dari segi art direction, penggunaan font yang berekor berjurai-jurai adalah sesuatu yang salah kalau gambar tu dah terlalu crowded. Maksudnya, pengantin dah pakai gaun jurai-jurai. Ada bunga mekar sana-sini. Sekali kau letak font jurai-jurai pulak. Itu salah. OK?
3) Aku tak suka jurugambar yang suka sangat main dengan lense corection di filter (siapa biasa dengan photoshop, tau apa yang aku maksudkan)
4) Aku tak suka teknik photo collage yang caca merba. bertindih tindih, tak ada guidline. Serabut la weyyy...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tips untuk pengantin yang aku cadangkan:
1) Sebelum kahwin, cuba berimaginasi, bagaimana kamu nak beraksi di depan kamera. Takde la nanti kamu tertanya-tanya jurugambar "nak posing macam mana?"..."lepas ni nak buat macam mana?"..dengan tersipu-sipu malu lagi...alahaiii mak ngah.
2) Kalau kamu pengantin chubby, elakkan bergambar mengadap kamera. Kalau boleh mengereng sket ke..ha..
3) Kalau gambar nak nampak 'class', aku cadangkan kamu tak payah senyum bila kamu sedar photographer tu nak snap. Kalau boleh, biarlah wajah senyum kamu dirakam secara candid. Sebab bagi aku, senyuman yang semulajadi tu, lebih manis dari senyuman yang di buat-buat bila kamu mengadap lensa kamera. Itu bagi aku lah. Tak suruh kamu setuju pun.
4) Kalau bayaran servis itu mahal seperti lebih RM1800, pastikan jurugambar yang datang untuk majlis kamu itu lebih dari seorang. Dan pastikan bayarannya setimpal dengan servis atau pakej yang ditawarkan.
5) Kalau boleh tengok sample hard copy. Sebab sample kat fotopages ke...flickr tu ke..semua sample yang terbaik yang dipilih untuk dipamerkan. Mana ada orang nak pilih hasil kerja yang tidak menarik untuk dijadikan portfolio, kan?
Heheheh. itu je satu tips.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Untuk aku, aku dah ada jurugambar tersendiri.
Perkenalkan SAM RAIS.
Di mana dia pun tak percaya aku beri kepercayaan untuk dia rakamkan detik-detik yang berlansung semasa 5 April 2009 nanti.
Kenapa aku pilih dia?
1) Harga dia sama macam harga market aku.
2) Sticky album dia cantik. Aku tak berapa gemar custom album. Proses lambat. Aku bukan penyabar sangat. Tengok la macam job aku baru-baru ni, seminggu pun belum tentu siap 22 mukasurat. Hiihihi. Lagipun custom album ni, kalau tak kena gaya edit, memang hancur. Aku kan cerewet bab art direction ni.
3) Promosi dia sangat awesome. Bayangkan kenduri malam berinai rumah aku, hari sanding, dan kenduri di rumah fandi semuanya RM1500. Gila Promosi. 3 hari, RM1500??!!! + Hasil kerja yang cantik. + free outdoor shooting...mak aihhh...nak apa lagi?
Ok dah la. Promote sket-sket je Sam. Hahah.
Kamu boleh dapatkan perkhidmatan dia jugak. Tapi ingat, date untuk 4th, 5th dan 12th April -already BOOKED!!
OK lah, panjang jugak aku mem-blog kali ni. Aku nak keluar jumpa mak andam aku. Nak deal pasal pelamin dan bayar deposit.
Semoga bertemu lagi di lain entri.











30 testimonial(s):
noe:
kalau ada softcopy, mintak editkan buat custom album?
noe buat tak?
dan jgn risau.
tak mintak sekarang.
sape jurufoto aku dah semestinya along aku (bakal menjadi abang ipar aku)..dah tak der orang lain selain die..
lawa lah gambar sam tue.. aku suke tgk.. cantik dan kreatif.. selagi ada bakat tue gune kan lah.. bakat boleh dikikis, tak tahu kene blajar untuk orang macam aku nie..
"2) Kalau kamu pengantin chubby, elakkan bergambar mengadap kamera. Kalau boleh mengereng sket ke..ha..
"
"(babe, aku paling suke tips nie...thanks..."
betul hidden... bab yang pengantin chubby adalah sangat berguna... bagus la tips tu.. :p
fynn jamal = ambik
hidden = welcome
aisya = my pleasure.
selera kita sama
tak suka gmbar yg diedit secara melampau...
i pun pilih sticky album sbb tak sabar nak tggu *dan takde duit yg byk*
tp paling teruja ngan harga photog kamu
3 hari 1500 je..giler lah wehhh!!!
murah bangat itu!!!
noe, amik untuk pre-wed tak??
kalau amik..boleh bagi detail service?? mcm teringin je..*bab gmbar ni mmg sanggup berhabis*
pre-wed noe amik rm500 utk 4jam, 1 album sticky dan gamba besar. stended ah.
errr. tapi kat KL je dayu.
huuu.
humm..1500 for 3 events..murah sgt tuh..and lawa jer sume pics by Sam Rais tu kan? tayah la nak berabis 4-5ribu hanya utk gambar..bagi yg mampu tu lain la kan..
thanks for sharing noe...aku kalau nk kawen nnti..aku refer blog ko ni ajer la...tayah pi survey2 sendiri...photog ade..bunga2 ade..haa ape lg yg ade pasnih? hehe =)
noe bgusla blog ko ni...aku nk tnyer sam rais ni utk planning akan dtg lak...maceh yer..
eh maz...amayzy eve pun ada sini.. kenal ke owner blog neh maz? hehehe
amazy eve = eh lah ingatkan sape. Ha tanya jangan tak tanya.
gud tips. gud infos. Sy jenis sanggup berhabis utk gambar yg terbaik. Almaklumla.. sy nih kan GoMok! Nak gak nmpk kurus dlm gambo nnt.
ms weed kawen tadak jurukamera. hahaha. gila semua candid. memang dua dua orang tak suka ambil gambar kahwin yang diarahkan. jadi, gambar kahwin kami bukan sesuatu yang agak penting. gila kan kami? hahahaha. apapun, betui kata noe, yang edit melebih2 boh style charcoal semua sat sat p tukaq water color semua tu nampak macam budak baru nak explore photoshop. apapun harap pic noe semua lawa2 belaka. noe pun lawa.
betul kata .::jarjar::.
nak kawin nnt nak refer blog ni je...semua ada!
noe - wow.. sam rais pics really awesome..
tapi kita dah bayar kita punya photog and videographer so tak apalah...
hopefully pics wedding karang se'cun' yours...
2) Kalau kamu pengantin chubby, elakkan bergambar mengadap kamera. Kalau boleh mengereng sket ke..ha..
Love this..haha n wat u said is tremendously rite..tak suka gambar yang terover edit..Im a simple person
waaa.... :( bekenan ngn sam rais tu, cube book tp dia ckp da fully booked utk jun... T_T bleh syorkan photographer laen jugak x noe? *hati tgh bekecai...*
Great tips.
Sam Rais, very nice. Kalau I jumpa dia dulu, ada kemungkinan I akan amik dia!
Lawa album design dia wat.
fulamekaih! tak sabar nak tengok gambar kahwin Noe :)
sunggug best.juga cantek.
noe,aku pon mau jadi macam tuh.
(;
walawei. dah la harga bes, pastu print cun doh. bes bes!! :D nak kawin gak lah! hehehe
ps: aku baca blog wedding ko 1st time today, dari awal post, terus jadi tak sabaq nak tgk/pi wedding ko. mesti cun je semua :D
ermhh ok la kalo rm1500..srvey tok jangut plg murah dia bg rm3000.. kalo nk + jurukamera kna + money.. arghh m'bazir
hmm, kena fikir2 nk posing camne nie..
liking ur blog..i tag ur web okie=P
Kau nak dengar cerita aku tak? Kekasih aku fotografer. Dan dia ambik gambar semua kawan-kawan dia free of charge. Buat album semua, free.
Then, nanti, setiap sorang ckp mcm ni 'Okay nnti kau kawin aku buatkan hantaran free'
'Okay nnti kau kawin aku sponsor fotografer'
'Okay nnti kau kawin aku bla bla bla..'
So, pendek kata, strategi yang liciklah aku rasa. Aku dah tak payah risau fotografer dan pembuat hantaran. Dia orang yang sibuk tanya skrg bila nak kawin.
ili = best camtu. tapi antara kawan kawan aku, aku yang kawen dulu. canne?
Itu la susah jadi perintis. Takpe, aku ucap goodluck kat kau. Kau hampir berjaya. Aku ni tak lepas-lepas lagi nak betunang pun.
sila jangan delete blog ini sampai aku abes kawin.
aku nak tiru.
ha.sila jgn del blog ni.smpai puspa kawen gak. best ni.
: nak kawen gakkkkkk *jerit.stok kuat tk ble bla. hehehe ;pp
waaaaaa, walaupun entry ni dah lama tapi nak komen gak,hehe..:) sebab sam rais tu member sy dan memang dia sangat berbakat juga..:) hasil kerja dia kemas..3 hari for RM1500 memang sangat berbaloi..lelagi awkpun tahu buat album sendiri..
Apapun dah dekat sangat ni..semoga berbahagia hingga akhir hayat..btw, memang susah nak amik gambar photographer gak kan,hehe..sebab mata dia lebih kurang macam photographer gak :) itu satu cabaran utk OP awk tu..tahniah..
http://blog.faisalrahim.com/
santek2 pict atas nih... mr. hubby saya pong freelance... pon more 2 editing cam u sebab dier bukan lah pakai cam SN tu... huhuhuuu ;-)
syok kawen ngan org pandai editing+photog nih... Kite slalu jd model dan pict kite santek2.... huhuhu...;-)
if awk yg jd model nye tak payah edit2 pict, muke da memang santek..;-)
Catat Ulasan