Pengantin dengan Inai ni dah macam irama dan lagu dah. Aku rasa lah, sekarang ni kalau pengantin tak pakai inai di jari, rasa macam pelik sikit. Masih belum mampu menembusi gelombang adat walau kita dah masuk zaman demi zaman. Kan?Sebelum aku tulis semua ni, aku ada lah buat survey secara rawak. Tentang seni inai pengantin. Aku tanya dengan beberapa teman perempuan di pejabat tentang pendapat mereka seni inai pengantin yang menjadi kegilaan masa kini.
Kebanyakkan yang aku tanya - Perempuan - tak minat. Lelaki - Tak suka terus.
Tunang aku sendiri cakap, dia tak suka tengok. Menyerupai hindu katanya. Ayat abang aku lagi kasar. Belum lagi ayat kawan-kawan pejabat aku, kan. Pendek kata kebanyakkannya tak suka dengan cara pemakaian inai yang diukir di belakang tapak tangan. Mereka, Lelaki ni, kebanyakkannya suka inai di hujung jari sahaja. "Nampak Manis" kata mereka.
Jadi mana fakta yang baik dan logik tu, aku ambil lah untuk diguna pakai.

Aku tak suka nak kaitkan pemakaian Inai bercorak-corak di belakang tapak kanan ni dengan hukum hakam agama Islam. Bukan aku nak menolak hukum Allah. Maksud aku, aku taknak menulis di sini, pongpangpongpang cakap hukum mengukir inai di belakang tapak tangan tu haram lah segala. Sebab nak ikut-ikutkan, bersanding besar-besaran sampai pelamin 4-5 ribu tu pun haram sebab membazir, nak ikutkan, kau bersolek cukur kening tu pun haram, kau tak pakai tudung masa hari majlis tu pun haram, kau bersalam-salam dengan bukan muhrim tak lapik tangan pun haram. Pendek kata, banyak la benda haram yang secara tak lansung kita buat masa hari majlis.
Persoalannya, kalau betul nak ikut sgt agama, kenapa Henna dan seni Inai jadi senarai utama? Kan?
Aku bukan cakap, - ala, alang-alang buat dosa, buat je la semua. Bukan. Cuma, kadang-kadang, kalau nak bicara tentang soal hukum hakam dalam sesuatu majlis perkahwinan tu, kita kena betul-betul i'tiqad sikit. Kalau tak berapa nak arif, baik senyap je. Kan?
So, tepuk dada tanya akal.
Jangan permainkan hukum Islam sesuka hati. Di dalam sebuah kebun buah, Jangan cakap landak yang mencuri betik itu jahat, padahal babi yang menggali ubi dilepaskan. Faham tak?
=)
Pendapat aku tentang seni Inai ni - Aku hargai seni di dalamnya. Aku tabik kepakaran orang yang mengukirnya, tapi, aku tak minat untuk berinai sebegitu rupa.
So kalau suka, buat lah. Kalau tak suka, tak payah buat. Dosa pahala tanggung sendiri. Sampai di sini sahaja.
Semoga bertemu di lain entri.
p/s: Apa-apa pun, nah.




29 testimonial(s):
minggu lepas my friend kawen.. mintak tlg buatkan design inai kat blkg tapak tgn..
sudah nye i kena sound dgn pak imam kat situ.. tak psl2.
bg i sendiri i tak bape kesah.. asalkan tahu batas.. nak buat pon jgn le over sampai ke siku.. setakat mana yg kite rase sedap mata memandang..
selebih nye pikir lah sendiri
yup2..pndangan msg2 kan..
ank buah na ade sorg pndai buat ni,
hr tu ank buah sorg lg kawen die ukirkan..
perghh mmg lawa la..
tp bg sy?
sumpah xminat..
biarla derang brebut2 nk pakai..
hihi nk inai ujung jari saje..
lallalallaa xsabar~
:D
tepuk dada tanye selera.
i'll go with a simple design.
i pun xminta..nmpk cm serabut ckit..abg i mmg xkasik pkai ukir2 ni..
yup i agree wif u..sape suka buat, xsuka xyah wat..hak masing2..i'll go wif the simplest one. (",)
kite suke. kdg2 kat opis pun ukir2 kat tgn. tp it doesn't look good on my hand. sbb... tgn kite hitam hehe. jadik kaler inai tu mcm tak naik. neways, my dad mmg tak bagi wat gitu. so depends lah kat masing2 ;) takat simple2 je ok kot
noe, memang susah bila bercakap soal hukum kan??
takpe, buat mana yang rasa patot sahaj okeh??
erm.
ramai tak gemar cerita pasal hukum hakam. tapi kene sebut jugak ley kat sini.
hukum berinai2 yg beria2 itu adalah haram.
=)
*tak yah la buat lagi chomey ape kalau kat ujung2 jari saje~
na.tu.ral (^^,)v
hrmm,aku pun pikir macam ko la..aku pun serba salah nak berukir2 ke x,sebab adik aku bgtau hukumnya haram...tapi ikutkan,bersanding tu cam haram gak kan?tapi xde org nak berkata2...
ntah la...
salam singgah noe.i masa kawin dulu pun ader gak buat henna ni.masa tu memang tak tau benda ni haram.lasat2 kena tegur ngan pakcik i masa majlis.ish2!kot yer pun tunggu la lepas majlis baru tegur..hehe
anyway,nice blog!!
hee...nenek amy dh pesan...ustaz agama die kate inai corak2 ni haram...so amy x buat la...ala..bkn penting sgt pn kn..
*i go with the simplest n sweet style*
THEADLIN = bersanding tak haram hukumnya. Cuma perbuatan di dalam persandingan tu yang haram. Cam pelamin mahal, tak pakai tudung dan ape tah lagi. Aku tak berapa ingat la babe. ni tau pun lepas gi kursus kawen.
noe, yang hujung jari tu okay.
inai tidak salah.
yang tidak berapa adalah inai ukir.
sebab ikut sangat sama hindu.
mereka ukir2 itu sbb letak simbol kebahagiaan / prosperity / blablabla.
walaupun di malaysia, derang tak tahu sababmusabab nya, kalu nak inai pon, yang hujung jari tu.
manis pun manis.
cuma tak usah lorek la noe.
dia sama dgn konsep sanding. dah berarak tu terus salah.
op. terpanjang lak.
FYNN JAMAL = ya tau tau. tau berlorek tu salah. sebab tu nak pakai kat ujung jari je. Lagipun, kalau inai berlorek tu tak salah, pun noe tak nak buat camtu. tak cantik. tangan noe itam.
betul noe.nak lorek tuh pun dah bape puluh hinggit kena bayarnye.
aku mase kawin dulu proses berinai ni sangat sadis.
aku berinai sndr.
tatau kena pakai kejap je.smp tetido segala sbb penat.dah bgn esok pg nak gi akad nikah tgk kaler merah inai tu dah bersepah2 kat jari.ade yg kena inai smp separuh jari..huk..
jenuh sapu foundation nak cover tmpt bersepah!!
haa tu la. aku pun tak suka inai2 nih.
cam nak pakai cutex jer. bole?
^-^
agree..tepuk dada tanya la iman..dlm perkahwinan ada lg yg lebih penting drpd mengukir inai dan pelamin iaitu keberkatan majlis itu sendiri..inai ukir tu mmg sgt cantek di mata tp maybe wardah xbuat..cukup di jari..nmpk lebih manis.. :)
herm noe..mak sue da awl2 warning
1. no mak andam laki
2. no cukur2 kening
3. no inai ukir2
4. xyah membazir mcm2 beli brg -ni xtaula cane sbb wlupun rs nk berjimat kdg2 terbeli gak..da nama pempuan gelap mata klu tgk bnyk brg best n murah- huu..
ahak...bru nk berhenna...tp x de lah sampai cmtu skalik...
slps entry ini..maka kubatalin niat itu...
pakai inai basic sudey kan...
btw...hari2 see u fiance at office, i hope he knows how damn lucky he is to have a fiance like 'you' ;P
fiance like 'you'?
means?
urm..dont noe how to explain..but u now urself much better right...
;D
bila ckp pasal hukum
siapa la kita kan..mmg tak arif
btul kata noe..
byk lagi benda yang hukumnya haram
kita buat..tak pikir panjang lak
tang inai ni...
byk lak pikir nya
tp mmg kurang minat
serabut la...
inai ujung jari sudah
personal opinion aku plak.. aku geli kalo tgok org pakai inai ukir2 ni.. mcm merayap jer ulat2 kat tgn.
huhhh! betul betul...aku suka pesen inai dolu2 tu. Yang sekarang yang menjalar2 tu memang menyemak mata je.
inai di hujung jari ,...uh uh, mac nih kezen kawen nak tumpang pakai inai jugaklah...
a'ah lah..mula2 saya pun xminat pastu tgk ramai yg buat timbul pulak rasa minat..tp lepas bca blok u nie..jwpan nye saya xkn buat inai henna nie..hehe...my fience pn xske..ikut je lah..well selamt menuju misi..saya pun akan berkahwin 6 Jun 2009 nie..hehe
teringin gak nak pakai inai ukir2 ni sbnrnye..sbb nampak cantik..berseni..
tapi risau gak takut my granny bising nnt..pasal bersanding pun dah dengar bunyi2 kurang enak..ntah laa.
wlupun dah terlambat tp beauty nak comment jugak... ihiks...
mula2 dulu beauty takut gak nak pakai dah org tu kata cam ni org ni kata cam tu.... last2 abaikan kata orang.... buat jerk... lagipun mummy pong same pakai... huahahhaaaa;-)
To Misi : Mungkin awak risau menyatakan hukum kerana ia wajib berdalil apa2 pun syukur sbb awak masih mampu menyatakan ia haram.Tapi kalau mengukirkan nampak rumit n myemak sj.lagi manis kalau hanya dihujung jari.
To Ladynoe™ : Maaf...Hukum bersanding adalah haram.Ia berpunca dari sejarah bersanding itu juga.
ala MB,mengapa nak ikut orang kalau dah nyata haram.xkan bila orang nak terjun bagunan pun nak ikut?Kalau baik kita ikut kalau salah jangan ikut.
Catat Ulasan