09 Februari 2009

Setengah Hari di Nilai 3 (tajuk macam karangan budak darjah 4. Aku tau.)

Pengalaman aku, setengah hari di Nilai 3 tidak lah menyeronokkan. Pengalaman je tak seronok, tapi apa yang aku dapat, memang cukup memuaskan hati. Haha.

Ada yang cakap Ayer Hitam lagi murah dari Nilai 3, tapi itu untuk orang di negeri Johor dan kawasan-kawasan yang terhampir. Kalau tinggal di kawasan KL, Selangor, aku rasa kos petrol dan minyak ke Ayer Hitam dah boleh cover kos membeli belah di Nilai juga.

Maka, sabtu hari tu, aku, mak, angah dan anak-anak buah aku pun mengambil keputusan drastik nak ke Nilai. Tak rancang pun. Celik je mata, aku termenung lama sikit sambil guling-guling atas katil, teringin nak ke Nilai. Lagi pun sebelum ni, bila aku buat senarai barang apa yang tak ada lagi, kira boleh tahan banyak juga.

Mesti ramai antara kamu ada satu buku untuk kamu tulis tulis dan conteng-conteng untuk persiapan majlis kan? So kat atas ni, buku aku.

Di Nilai, aku tak sempat nak survey banyak-banyak pun. Aku survey 5 kedai dan antara 5 kedai tu, aku buat keputusan untuk belanja dia WP Handicraft sahaja. Harga agak murah dari 4 kedai yang lain, dan siap dapat kad diskaun. Kira aku membeli-belah dengan harga member lah konon.

Bila dah sampai sana, aku boleh tengok sendiri, macam mana berlakunya fenomena Rambang Mata yang terjadi ke atas mak aku sendiri. Tiba-tiba time tu jugak dia nak beli souvenir untuk saudara lah. Nak beli souvenir untuk kawan-kawan aku lah. Saouvenir malam berinai toksah cerita la. Aku cakap kat mak aku -

"Mak..untuk kawan-kawan DekNoe tayah la kasi souvenir-souvenir lagi. Dah banyak sangat dah souvenir kita ni. Dengan unchangnya, dengan bunga pahar lagi. Dah banyak sangat dah...jangan la membazir kat souvenir"

Puas aku cakap, tak payah la tak payah la. Dia nak jugak beli. Katanya - "Kau lah anak terakhir yang kawen. Apa salahnya,"

Dan aku berjaya jugak potong niat mak aku dari membazir nak beli souvenir untuk kawan-kawan. Sebabnya, gals, aku dah prepare bunga pahar istimewa untuk korang. Sila jangan malu untuk menepung tawar aku. OK?

Haih..betul la aku pernah baca satu blog ke forum ke mana tah. Orang melayu ni, kalau bab majlis kawen, suka berabis dengan cenderahati. Mentaliti kita yang muda-muda yang masih fresh ni, memang lain dari mentaliti makcik-makcik macam mak aku. Minggu lepas baru balik dari kenduri rumah sepupu aku. Mak Ngah aku kasi baaaanyak souvenir. Telur pindang nya lain, potpurinya lain, nasik berkatnya lain. Tak apalah, Mak Ngah aku memang orang berada. Buat kenduri pun dekat komplek tabung Haji nun di Kelana Jaya sana. Boleh la.

Sigh...mak..ooo mak..haih lah mak..

OK lah, cakap banyak pun tak guna. Aku dah mengantuk sebab tadi makan ubat selesema. Layan gambar sekarang;

Cawan comel tu adalah souvenir malam berinai yang mak aku kepingin sangat tu. So beli lah. Beli pun tak banyak. Aku beli 40 biji je, dalam nak letak wajik (biasa la darah Johor mak aku), then unchang putih tu yang berharga 59sen satu. Dalam tu, mak aku nak letak kerepek-keropok 2 bungkus, dan sepotong kek. Kerepek-keropok tu aku dapat tajaan dari insan prihatin. Insan prihatin tu pun bukan orang lain. Akak ipar aku jugak. Baik dia. Syukur aku.

Kira banyak juga yang aku bawa pulang dari Nilai. Antara yang aku ingat;

■ Carpet untuk bilik pengantin yang berharga RM20
■ bujam kosong yang berharga 60sen sahaja untuk satu biji. Aku tau ada lagi murah. Malas nak survey.
■ Unchang-unchang (sila rujuk gambar atas) yang berharga 59sen
■ Keychain entah hapa-hapa mak aku nak bagi sedara-mara dia. Iyalah, Mak..
■ Bunga pegang untuk pengiring kecil- harga biasa RM12 seketul. Tak murah pun
■ Manik-manik untuk hantaran
■ bunga untuk letak atas katil pengantin. Kan aku cakap aku tak reti gubah bunga. So terpaksa beli. Kecik je bunga tu. Nanti aku cerita pasal pandangan peribadi tentang bilik pengantin aku pulak. OH, bunga katil tu harganya RM31 dah siap gubah. Hantam sajalah.
■ dan entah apa-apa lagi lah aku lupa. Yang penting, semua-semua tu aku belanja berabis kurang RM500- memang bajet aku takat tu je. Owh lebih sikit sebab lepas tu belanja diorang makan lak.

Jenuh la aku nak list dan shoot satu-satu.

Nasihat aku, jangan membazir beli souvenir sangat la weh. Cakap elok-elok dengan mak kamu semua tentang logika dan ke-relevenan dalam hal cenderahati ni. Kalau dia nak jugak, layan kan je lah. Nak buat macam mana.

OK lah. Dah flat dah. Semoga berjumpa lagi di lain entri.


24 ulasan:

my hidden stories berkata...

buku conteng-conteng saya adalah diary yg dapat dari consultant2 yg baik hati...

yer..setiap pengantin mesti wajip ada buku conteng2 tu...

heheee....

ungu violet berkata...

aku dah ckp kat mak aku mcm tu, dah dia nak jugak bagi, layan je lah..lagipun dia yg bayar, selamat duit aku!



*kejam kan!?*

The Journey.. berkata...

hahah.. macam serope jek nasib kite nih.. mama i pon sama.. asal pegi nilai 3 jek mesti over budget. target nak beli lain.. sudahnye ada jek extra things. The souvenirs tuh mmg tak yah ckp la.. Aduuh!!!

Ms D berkata...

mm memang betul air hitam lagi mura... tapi kite duk situ hehe... 20 minit je dari umah..cth macam hanky bungkus sudu garpu tu kan... less than rm1 je.. tapi lau kira2 bajet minyak, tol, makan memang kat nilai tu mura gak la...

Noor Amin bin Ahmad berkata...

Noe, kau jangan delete blog ni lagi k?

Mana tau 2, 3 tahun lagi aku nak kawen, hehe

xeea berkata...

betul.
jgn membazir kat cenderahati.

aku dulu, mak lagi melebih2 pasal favors. lagi pulak, ramai la nak sponsor itu dan ini.

apa boleh buat, wedding is all about family.

kecik tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

MyAishah berkata...

noe, mak aisha skang macam risau ke apa ntah... bila skang ada kenduri kahwin, mesti dia tengok tuan umah bagi apa...

pastuh, balik umah dia macam termenung... mula la nanti dia cakap;

"yang, umah polan tu kasi itu.... tak kisah ke kita kasik bakul mengkuang (bujam) aje??"

aduh.... susah kan noe?? bile mak kita plak yang excited...

Ladynoe™ berkata...

to ALL above = itu lah kan gals? mak mak ni dia bukan boleh tgok makcik-makcik punya cenderahati lebih sket kan. Nanti mesti nak underestimate diri sendiri punya souvenir. Padahal aku dah bengkok dah ni. Last last, aku suh mak aku klua duit sendiri kalau nak tambah apa-apa lagi cenderahati. Tak larat dah aku keje siang malam carik dwet perabis kat cenderahati je.

harap-harap nanti turn anak anak kita 25 taun akan datang, kita tak jadi Rambang souvenir mcm apa yang dah berlaku sekarang.

Kan gals?

snm berkata...

noe..itu yg terjadi pd abah saya dan saya rs GERAM x ingat..dia dh order 1000 pcs coin purse yg saya rs x worth! total harga 1000 = USD120 = RM432 = 1 unit RM0.43 (dia beli di vietnam). saya hampir menjerit bila mama saya ckp mcm tu. nsb baik br order, agknya sbb saya dh tahap mjerit, br mama saya ckp elok2, nnt cancel, ambil sikit je, 300 ke..grrrr..mmg saya terusterang ckp dgn mama yg saya x nk beli smpi hrga mcmtu. ngee..tiba2 rs mcm payahnyaaaa ~.~

snm berkata...

eh noe..abaikan la komen tu. tiba2 bila kira balik, mcm murah pun ye :p apa2 aje lah saya ni :p abaikan je yek..

myheart berkata...

bgsnye blog ne..bnyk mende leh dpt kat cne..neway..tak abes explore lg..tp cane nak pakej pengantin yg awak amek eh?..penat round area kl ne..tp sume pakej 2k keatas..huhu..ade pun bwh 2k..mest die ckp owh pelamin ne takde crown..nak kene tmbh Rm350 bla2..last2 jadik gak 2k above..huhu

wardah berkata...

sy stuju!!mentaliti kita yg muda² ni xsama dgn makcik².. :)..sama pun mengalami masalah yg sama..bila ada yg kate "tu je" bila sy ckp nk bg cupcake as door gift..jenuh nk yakin kan dorang ni..huhu

nanonano berkata...

hoho kamu bertuah sbb mak msuk cmpur bab2 cmni ke atau sy yg bertuah sbb mak xcampur lsg??
atau sy yg mlsg sbb mak xamek tao lsg psl mende ni?
hihi lantak la..
:p

farahanna berkata...

huhuhuhu best nyer bershoping~

fadeadsy berkata...

last week aku pi kazen aku punye wedding. xdpt souvenir pape pun. telur pun xde. pastu mak aku pun mcm heran la xdpt pape. then makcik aku kate org kte kalo xdpt telur org kawin mengata. tp bile dpt telur, smpi umah telur jd telur. dok dlm peti ais lame2.

QuTaQ berkata...

NILAI 3 itu.
panas.

NILAI 3 itu.
amat gila.

NILAI 3 itu.
perabis duit aku dan keluarga aku.

antalya berkata...

bujam tu apa?

nani berkata...

kezen aku nak kawen bulan 3 nih, memang plan nak ke nilai 3 beli souvenior tuk guest tapi tak tau nak beli apa. Last year my sist kawen bagi brooch beli kat mydin letak dalam bekas cantek. Bajet dalam RM0.50 je satu...

aku cadangkan souvenir yang sama tapi makcik2 dan pakcik2 aku suma bising, diorang kata tak ble sama... aiyakkkkk!!!!...

memang susah bila kita berada di zaman berbeza...aku yang sekadar jadi pengapit kezen merangkap tukang kepoh pun pening pale...

nampak gaya, dapat gaji ujung bulan ni kena g Nilai3 berbekalkan duit RM300 sahaja... ok tak? pastu pegi sorang2 tak bawak orang lain...ngehehe

nani berkata...

noe, aku pun nak suggest supaya ko tak tutup lagi blog nih. bolehlah jadi rujukan aku nanti...

**erkz, nak kawen kena ada calon suami, ye dak? jadi kena wat blog Misi Cari Suami... apekahhhhhh!**

Ladynoe™ berkata...

to NANI = brooch kat maideeenn!? good idea weh! aku suka aku suka! untuk kasi VIP kan?

nani, pergi nila bawak rm300 macam2 boleh dapat. janji ko pegi sorang. Kalau bawak mak, akak, kawan, nanti diorang rambang mata. Kita sorang rambang takpe. duit kita pegang. hihihih.

mademoiselle ain berkata...

erm..saya baru je baca blog awk n terus tertarik..

cerita pasal souvenir di ayer hitam..memang rambang mata kalau pergi sana..tp mcm yg awk ckp tu, kalau awk dr selangor semata2 nk turun johor, baik cover duet minyak tu utk beli benda lain..kan?

sy doakan semuanya berjalan lancar utk hari penuh makna dan bersejarah awk tu..

*tetibe sy baik hari, klik kat nuffnang awk..*

last but not least..nice blog!!

mademoiselle ain berkata...

silap lah..*hati bukan hari..hehe

RANFS berkata...

hi..ok la tu byk survey.yg g air itam tu pon kbetulan je g knduri umah mbr so jln2 survey gak..tu yg tjumpe bujam tu harga 40 sen..beli terus la..kl g sne smate2 xde la..hehehe.majlis sy pon dh lpas..so rse lega skit nk memikir psal bnda kawen ni...hihihi...yg kt klang tu kdai die btul2 kt bndar klang..name kedai x silap 'cintaku sayang'..x silap lh..hehehe..x ingt sgt..tp nme die cm bunyi2 cmtu la..kdai tu harge perh...bunga telur la yg byk dpt diskAun..bunga lawa2 pon bleh dpt harge rm1...hehee..try la survey..

shira-iera berkata...

kak, nak tanye mug tu beli kat mn??