14 Mac 2009

Di mana kamu semua selepas berkahwin?

Rasa macam dah lama sangat aku tak menulis di sini. Kerjaya di tempat baru tak mengizinkan aku untuk kerap menulis macam selalu buat masa ini. Sebab sekarang aku dah menjadi konsumer komuter setiap hari. Balik rumah mesti letih sangat-sangat. Harap untuk sementara.

Bahananya, bila baru mula kerja, aku tak dapat cuti lama untuk lima April akan datang. Sedih kan? Tapi itulah, benda baik ni selalunya memang susah sikit. Maksud aku, aku betul-betul nak kerja itu. Aku betul-betul nak bekerja di situ. Jadi, itulah harga yang aku kena bayar sikit. Tapi tak mengapalah. Setakat cuti, kemudian hari boleh apply lagi. Kena lah berkorban sikit awal-awal ni.

Kad Jemputan Perkahwinan aku dah siap.

Yang lain-lain semua dah siap.

Kecuali, kek kahwin - yang kemungkinan aku akan tempah di kedai kek berhampiran. Sebab bila aku pikir-pikir balik, kenapa kek kawen yang di jual di blog, lebih mahal dari yang aku biasa beli di King's Confectionary? Maksud aku, kek di kedai kek lebih murah. Kenapa eh?

Itu satu. Keduanya, hantaran aku baru siap 4 dulang. 5 dulang lagi tak buat. Aku rasa masa sempit sangat sekarang ni. Dan badan aku pun dah letih-letih dah. Ingat malam nanti nak buat satu. Esok nak buat satu. Tengok lah.

Seterusnya, baru-baru ini aku dan Encik tunang sudah pun memilih tempat tinggal selepas kahwin. Kami akan tinggal di sebuah kondominium yang comel di tutttt utttttuuutt.. (ahahah). Baru-baru ni agak sibuk dengan urusan beli perabot. Setakat ni baru ada sofa, katil dan meja makan je. Dan minggu lepas baru pasang langsir yang - standard-lah, beli kain di Nagoya, dan jahit sendiri. Nak jimat lah katakan.

Semua nya masih dalam peringkat awal. Peti ais semua tak ada lagi. Cadar katil pun tunggu lepas kawen nak gunapakai semula je cadar dari bilik pengantin. Hahaha.

Kami pasangan pertama yang tinggal di rumah tu. Agak excited jugalah. Aku memang tak suka nak duduk di rumah mak abah atau mak abah mertua aku. Sebabnya, kamu fikir lah sendiri. Lebih-lebih cakap nanti ada yang terasa pulak. Kan?

Tapi kalau parents kamu memang paksa kamu tinggal dengan mereka sebab risau sangat dengan kamu, apa boleh buat. Anak manja...tak gitu? Tapi, bagi lelaki, elak-elakkan la..duduk rumah parents isteri selepas kawen..Kalau perempuan duk rumah parents lelaki, kira OK lagi sebab secara teknikalnya, kamu mengikut suami. Dapat pahala. Tapi seelok-eloknya, tak payah la berumah dengan mertua. Percaya la cakap aku.

bakal mak dan abah mertua aku. Diorang datang kemas-kemas rumah semasa hari perabot kami sampai. Weekday. Aku di pejabat. Terima kasih.

OK tamat cerita tentang rumah baru.

Hakikatnya, aku memang tak sabar nak menempuh hari sebagai seorang isteri. Aku memang dah fully bersedia dari dulu. InsyaAllah diberkati. Dan kesimpulannya, aku agak kelam kabut dengan preparation sebab aku tak dapat nak apply cuti lama lama. Sebelum kawen takde cuti pun. Cuti lepas kawen je 3 hari. Haih..

OK lah, aku ingat nak sambung cerita pasal Kad kawen pulak. Tapi aku mengantuk sebab lepas telan pil selesema.

OK bye.

Sehingga bertemu lagi di lain entri.



27 testimonial(s):

farhanna berkata...

katil tu nice.. warghh nampak gaya korg sume kawen dlu...

nurul aziyana berkata...

btol..cantik katil tuh..erm destinasi lepas kawen??apply quarters..tgh tunggu jwpn..sbb senang nk g keje..hehhe jimat minyk..xsabar nk tunggu kad kawen

my hidden stories berkata...

sapa perasan kamu kerap kena selsema..maybe slalu jaga malam kott?

puspaSARI berkata...

congrats.hr di nanti dh makin dokat niee ;)

Liyana berkata...

Hi, tersinggah sini. Selamat buat persiapan. Hidup lepas kahwin lebih seronok :)
Oh, tentang kek tu, rasanya yang di blog selalunya fondant cake. Kalau cream cake pun, the taste is more 'home-made'. lagi pun yang di kedai, cake deco takleh customize. Tapi dulu saya nak jimat, ke bakeri di kampung saja. Angan-angan nak tempah fondant terpaksa di lupakan. :)

Liyana berkata...

Sekadar berkongsi, dulu saya hanya tempah cream cake dari bakeri. Tak semahal fondant, tapi boleh tahan comelnya. it's here:

http://no-white-labcoat.blogspot.com/2008/11/terkenang.html

NURUL berkata...

cantik katil tersebut ladynoe. tahniah dah dapat cari rumah :)

anil lutaze berkata...

hr kahwin sudah dekat dah..rumah pon dah ade...congratss!!

wardah berkata...

stuju!katil sgt cantek..mahu satu juge!!huhu..makin terasa debaran cik ladynoe..jaga kesihatan ok..

Memey Anuar berkata...

noe,
rasanya lagi selamat kalau lelaki duduk umah mertua. Kerana kalau perempuan, rasa nya akan lebih complicated x?
Technically ibu mertua xakan sentap kalau menantu lelaki nya bangun tgh hari atau x tolong apa2 di dapur.

My opinion aje la.
Tp mmg yg seeloknya, duduk sendiri.
Tp mmg elakkan la perempuan duduk rumah mertua :D hehe
supaya xberlaku sebarang kesulitan di kemudian hari. hehe

p/s: dah beberapa lama baca blog ni, baru terasa nak komen.
all the best. semoga segalanya berjalan lancar :)

Dayu berkata...

setuju..setuju
selagi boleh, elak kan lah duk sekali ngan mak ayah...
duk la sendiri
lagi best pe..kata baru kawin kan
mesti nak bermanja lelebih

noe, dok mana??
kitaprg pun tgh pening carik umah
isskkk...nak survey pun tak tahu bila

hmmm..takpe la noe
cuti sekejap je..
honeymoon apply byk2

xeea berkata...

err..
katil divan kita sama la!!
tilam ponnn!
from carvensi kan?
heeeee

i lps kawen pun duduk kat apartment yg comel. ngam2 utk duorang je la. tak kesah la. mula2 belajar hidup sendiri. berdikari.

pasni boleh masak sama2. makan sama2. tidur sama2. mandi berdua. opss. hehe noe tak saba dah tu.

evyn4ever berkata...

Noe ,saya setuju dengan anda..:) duduk berdua lagi best :P atleast kita boleh berlajar hidup bersama susah dan senang :P(pd pdpt saya)

Mrs.Mocx berkata...

noe,
hi. saya selalu singgah di blog anda tapi lebih gemar mendiamkan diri. tapi hari ini rasa terpanggil untuk menitipkan komentar di ruangan ini hanyalah disebabkan oleh katil anda itu. hey lady, katil kelamin kita sama laaa!!cayalaa..hik3

oh saya br jgk la kawen 29 nov 2008.

-pija-

SINCHAN KPTM berkata...

yup..dok sendiri lgi bgus..nak manje2 ngan laki sndiri kat mane2 pn tak kesah..kalo dok ngan family tak kan la nak manje2 lbih2 ngan laki dpn parent..dlm bilik je la jwb nye...lagipun dok sndiri leh wat kite lbih berdikari n bertanggungjwb..^_____^

Cik berkata...

bukan dekat desa ptaling ke noe umah kau ni?

.::jarjar::. berkata...

noe..katil tu cantik..beli katne yeh? im moving into a new house jugak ni..nak kena beli new furnitures... :)

hanieza berkata...

salam Noe,
firstly mmg i sokong 110% yang bila pasangan dah kawin jangan la duk ngn parents samada parents lelaki ke pompuan ke kan..cuba elakkan la..kalau dekat tu lain ceritalah..kalau dah tak dapat nak elak pun kes lain..mcm i ni, keje kat Perak, dok menyewa sowang2 since dah nk kawin dah bulan 6 ni. Umah ada beli dah kat area Klang Lama, kos sederhana..sendiri punya kira ok la tu. for the time being bagi sewa kat org. bakal laki keja KL dok dgn abg dia yg bujang. so kami fikir2 selagi i tak transfer ke selangor..selagi tu dok jauh sikit..nk wat caner...insya Allah akan memilih duduk hanya berdua! hehe..tapi cuti2 dia bleh turun ke Perak..tambang abs RM10 jew..lagi jimat dr bawak2 keta ni..coz i pun ada keta kat Perak. Bleh jalan2 ke Pangkor ke..kan2.syabas Noe!!

nanonano berkata...

waaaaaa...
me tgh ushar rumah gak skrg ni..
huhuhu cam xsbr je ehh..
:p

lynna berkata...

kesian x dpt lama cuti..tp xpala, bab da kahwin pastu da duk serumah ngan husband.. cam saya da kahwin, tpaksa bjauhan jap, semua psl keja.. so yg penting tetap dkt dgn si dia dan cuti blh apply len kali.. kira honeymoon lewat ckit la tu hehe... yg penting smua ok...

iYda Juhar berkata...

yang pasti kalu lps kawen tak mau tinggal ngan parents atau mertua.

uhuhuhuuh

Itudio Studio berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Sue Anna Joe berkata...

*silap login tadi* damn.

I think semua bergantung pada jenis/saiz rumah yang diduduki, jenis parents etc.. banyak mainkan peranan.

Mostly yang dengar masalah bila perempuan duk rumah in-laws.

Yup seeloknya duduk rumah sendiri. Memang sangat heaven, boleh buat apa suka!

Kondo looks very nice.

Less than a month away. Semoga berjalan lancar semuanya Noe. :)

mentallyaddicted berkata...

lepas kawin, aku dengan husband duduk rumah bujang masing² sementara dapat rumah sendiri.
terseksa jugak rasanya... uhuhuh tapi alhamdulilah skg dah duduk rumah sendiri.
bila duduk rumah sendiri, boleh buat apa saja, boleh beli perabot itu ini pastu boleh deco itu ini, yang paling best boleh bergalak dengan husband sesuka hati ahahahaha.

1001 pOmpuaN berkata...

aku pon tatau bila aku nk kawen hmmm

k|ree berkata...

hi noe..
dah pnh baca blok baca u..dah lme tak baca...
tetba,terbaca blik..huhuhu..
cuma nak doakan..semoga segalanye berjalan lancar...
semoga Allah swt permudahkan segala urusan...dunia dan akhirat.. :)

saya nye majlis..lmbt lg..bln 10...umah dah de..tp,umah ayah..
perasaan best tue takde..sbb,pengalaman utk cari umah takde..yg de pengalaman beli brg umah..

seyes,mmg byk gle duit pkai utk beli brg umah...cuma,beli bnda penting dlu..hehe..especially, peti ice n mesin basuh..and also tv(if u tv person la..)..

:) n take care

MyAishah berkata...

aisha duk umah mak aisha noe.... husband stay sama kat sini....

kalo ikot hati kami, memang nak duduk umah sendiri... menyewa pon ok aje..

tapi bila pk mak aisha tinggal sorang sebab arwah abanh dah lama tak ada... mak dah tua pulak, sakit-sakit kaki.... so, kena pk berbanyak kali....

banyak cabaran duduk dengan family... tak kiralah family kita atau family suami...

kena pandai bahagi kasih sayang... supaya emak tak rasa ilang anak... suapay suami tak rasa membazir aje kawin.. :))

okeh noe... tahniah atas majlis noe nanti... aisha doakan semua berjalan lancar!! amin!!