Biasalah, dah make up semua orang boleh jadi cantik.
OH hai! Dah lama tak berkongsi cerita di sini. Biasala baru baru kawen kan. Sibuk banyak hal. Nak layan suami lagi, nak jaga rumah lagi, masak, kemas, kerja di pejabat jangan cakap lah.
Rumah bujang kami sudah 50% lengkap. 10% untuk peti ais belum ada lagi. 10% untuk kabinet dapur yang luas agar aku tak payah potong bawang atas lantai pun belum ada lagi, dan lagi 30% untuk home deco pun belum ada cukup duit lagi. Terima kasih untuk penyumbang-penyumbang hadiah perkahwinan yang awesome..
Pointnya di sini - TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK!
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Dan point sebenar aku menulis entri kali ini adalah untuk bercerita tentang riasan andaman yang aku sendiri alamkan sebelum ini. Jadi, yang bertanya di Facebook, di email, aku jawab di sini je lah eh. Macam letih je nak respon one by one kan?
Sebenarnya, aku bukan reti sangat bab andam mengandam ni. Apa yang aku boleh ulas hanyalah tentang penggunaan tona warna sahaja. Bab tebal ke tak tebal tu semua aku tak arif lansung. Jadi hanya feedback orang sahajalah yang manjadi panduan.
Sila rujuk wajah aku tanpa alat solekan andam.
sila abaikan ekspresi wajah. Gamba shoot sendiri, so aku kekok nak senyum sensorang.Gambar di atas ialah muka aku tanpa solekan andam. Tapi aku pakai celak/eyeliner dan kening pun masih asli lagi. Maksud aku, kening original. Bukan kening orang asli.
Gambar di bawah pulak,
Gambar di bawah pulak,
Apa yang aku suka tentang sentuhan Kak Lela ialah make up dia lembut. Maksud aku, muka aku tak banyak berubah pun. Tapi kak Lela ni mak andam tradisional, mula-mula dia nak pakai kan aku eyeshadow biru. Hummmak ai, cepat cepat aku tahan suh dia pakai warna-warna natural. Earth color. Tak kuasa nyah biru kelopak mata mak nanti! Bermakna, kak Lela ni orang yang boleh consider cadangan orang. Kira macam mampu nak ikut kehendak pelanggan mengikut kepakaran sendiri lah.
Baju butik Kak Lela pun memang taste aku lah. Simple, sederhana dan buat aku nampak agak slim sikit (merujuk kepada orang cakap lah). Peminat peminat butik vogue, mungkin akan gagal mencari baju di sini. Tapi yang kurang bestnya, butik kak Lela macam taknak melabur kearah perkembangan perniagaan. Maksud aku, aku mintak bunga soft pink pun...dia cakap tak ada. Apa lah salahnya beli baru...haih..itu je lah masalahnya.
Untuk zaman sekarang, RM1350 untuk 2 set baju (nikah dan sanding), 2 kali make-up, aksesori pengantin (lelaki & Perempuan), dan set set persandingan (pelamin dan segala), set nikah, dan hasil solekan yang aku suka, aku boleh katakan murah lah. Sebab majlis di rumah aku kan 2 hari.
Bagi sesiapa yang tinggal di zone Serendah sampai ke Kuala Kubu Bahru kalau nak pakai khidmat kak Lela, ni number dia, 012 629 6323. Bagi yang diluar kawasan tu, pun boleh, tapi Tanya la sendiri.
OK review andaman seterusya..

Apa yang aku suka tentang sentuhan kak Mila ialah make up dia agak best lah. Dia ni dah tahap tahap make up artist aku rasa. Warna pun ikut taste aku. Tak ada biru, tak ada hijau tak ada eyeshadow ikut warna baju. Dan yang bagusnya, make up dia tahan sampai ke malam. Entah berapa lapis bedak asas dia letak, aku pun tak pasti. Make up ni kak Mila aku rasa macam ubah sikit muka aku, kot. Mata jadi bertambah garang, kening pun dia tarah lagi. Tapi yang tak bestnya sanggul dia agak tinggi di mana aku sendiri dah tinggi, jadi aku rasa macam menyusahkan bila nak keluar masuk kereta. Bila aku suruh rendah kan, dia tanak. Last last, bila aku dah terhantuk masa nak masuk kereta baru dia alter balik. Wakaka!
Lagi satu, kak Mila ni agak humble. Dia terima cadangan aku. Bila aku beri cadangan untuk buatkan pelamin moden, dia tak keberatan untuk melabur beli set pelamin baru untuk aku dan Fandi sanding pada 12 April tu. Sebelum ni adalah juga aku emailkan gambar gambar pelamin idaman aku kat kak Mila - bijak nya kak Mila ialah dia tahu bahawa pelaburan yang dia buat sekarang, akan mengundang lebih banyak peluang client masuk di masa hadapan.
Betul tak? Ni aku cerita cerita ni, korang mesti nak dapatkan khidmat Kak Mila jugak kan? Kan?
Hahaha. OK nah contact number kak Mila -019 230 6264 atau 012 354 6264. Bagi warga Ampang, kalau nak carik butik kak Mila ni senang je. Putri Park Plaza tau?
Pakej yang kami ambil, adalah pakej perkahwinan club/dewan, sepasang persalinan lengkap aksesori (lelaki dan perempuan), pelamin baru (aku bertuah ok, korang jangan mengharap nak dapat pelamin baru pulak, ok? tapi try la ngendeng, manalah tau kan), siap ada arch yang cantik, bunga bunga mengiringi sepanjang pintu masuk dewan ke pelamin, redcarpet segala untuk zaman sekarang RM1700 - mana lagi nak dapat?
Baik korang cepat sebelum Kak Mila menjadi lebih establish, silap silap harga boleh melambung.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
OK lah, kamu pilih lah sendiri, mana yang elok, mana yang mampu, mana yang suka. Bagi aku dua dua mak andam ni ada kelebihan tersendiri.
Review aku sampai di sini sahaja. Kalau kamu tiba tiba berminat nak dapatkan khidmat kak Lela atau Kak Mila, jangan lupa kirim salam aku pada diorang.
Jangan tersalah sebut nama sudahlah. Dua dua nama LA di hujung. Mila, Lela. Haha.
OK, Sehingga bertemu lagi di lain entri.

P/s: Selamat Pengantin baru semua!

25 testimonial(s):
sumenyer cantekk dan berpatotan..oillikeee!hehe..tapi bila ku nak kawen ni?uhuk2 T.T
noe, kau memang lawa.. with or without make up..
and i think its a breath of fresh air when gorgeous lady like you are so down to earth n is not caught up in their look.. :)
stay the same and all the best in life!
gorgeous.. cantik yg kak mila punye solekan lagi.. kui2x...
(**_)
ini bukan bodek.
tapi kalau kanvasnya sudah cantik, pakai water colour buruk pun sudah nampak lawa.
but personaly, suka noe di gambar kedua. nampak fresh dan relevan bila2 masa. malam siang, sentiasa on.
hei kak noe..
kak noe tu mmg cantik das y r die mekap pn nmpk bertmbh cantik..
jeles r ni!!
sy pernah cuba dua juruandam-tradisional n moden,dua2 ada kelebihan masing2 n mmg hasil dua2 pun berbeza.
btw utk noe punya solekan mmg dua2 cantik n dua2 nampak berbeza.
sebenarnya aku tak lah cantik pun. aku fotogenik je kot. aiya..jangan la cakap aku cantik. tengok kat luar dulu baru tau.
aku suke gmbr no 2-makeup kak lela..sgt natural..sgt lawa
cantik sangat.......suke..suke..tp kat segamat ni cemanela eden nak carik mak andam camni..huhu...
sgt murah and kamu sgt cntik.. berbeza sgt~.. noe de tips ke cne nk cr mak andam yg ok
congrats kerana dapat solekan yg mmg sesuai dengan taste ko noe.
aku merasa 1 kali solekan je for my coming big day..hehe.
side bakal laki aku takde sanding2..dan fortunately, aku tak kisah. hehe..
mekap natural..kalau dah sweet, lagi sweet la Noe!
lawaaa =)
wlupun sy lambat g kahwinnya...
tp nnt nak cari mcm yg no-2
btw~
noe cantik ah~
pki apa pun cntik gak~
woohooo~
^_^
congrats puan noe ;)
muka kamu x make up macam dian A2DC sikit.
u mmg cantik noe!congrats!!best giler blog u!!i suka sgt!
tumpang lalu jap eh noe??http://thesignaturelook.blogspot.com/
mmg harga yg sgt berbaloi
sgt murah
mana nk dpt weehhh
kalah harga kat JB
bridal bodoh2 pun dah 1.5k+++
dan hasil pun superb
noe mmg nmpak cantik sgt2
pelamin kak mila pun cantik
semua cun!
cantik...
you look different alots...
berseri...
pandai dia make up...
cantek!!
sy akan pilih yg 1st sb nmpak natural n sweet..murahnyer kann..
kamu cantek noe! sungguh...
tapi aku suka sentuhan kak lela... mungkin kerana asli kamu tak hilang lagi...
hmmm... cane ni? aku musti kawen kat kg halaman, maknanya aku kena jugak carik kat sabah nunnn...
kalo cenggini aku kena carik encek tulang rusuk orang sinilah...
boleh tak?
personally.. saya suka yg 1st. professionally..both pun sebenarnya ikut tema.
solemnization tak perlu makeup tebal2..sebab seboleh2nya nak nampak natural & suci murni minyak cap buruh. hehehhe
utk reception..perlu make over sket sebab quest yg dtg pun ramai berbanding akad. acara2 pun lain. masa pun agak panjang banding dgn akad.
kesimpulannya..awak nampak sgt cantik on ur big day.
yer.. saya pun suka 1st make up.. by Kak Lela eh? dah macam rupa model profesional dan sangat lawa..
nampak elegan..
yang 2nd tu pun lawa jugak..
tapi nampak girang ceria camtu..
tapi tetap suka yang first.. hehe..
semua pun cantik.. termasuk gambar first =)
hi salam kenal...cantik ur make up..i loike..
dear,u x mekap pun mmg sweet!seriously..
make up kedua mmg cantik..terfikir nak amik kak mila utk tunang nnt.. suke sgt make up warna earth nie.. :)
Catat Ulasan