Jujur, aku macam agak rasa annoyed bila orang menyebut-nyebut tentang pahala dengan aku tentang bunga SSF ni. Maksud aku, kalau aku betul-betul nak let go bunga ni dan mengharap pahala, aku tak pasti yang tuhan akan bagi aku pahala yang aku harapkan sangat tu, kot.
Sebab prinsip hidup aku, aku buat baik dengan manusia lain, tak lebih dari nak menggembirakan orang. Bukan nak menunjuk-nunjuk yang;
"Aku akan dapat pahala sebab bagi bunga ni dekat orang,"
Dan walau bunga ni pemberian orang, YANG PENTING, orang tu KAWAN aku. Dimana dia ialah, seseorang yang ada makna dalam hidup aku. Secara relevannya, kalau aku nak bagi orang pun, aku akan bagi kawan jugak. Setuju?
Tapi memandangkan kawan-kawan aku kebanyakkan nak enjoy zaman bujang lagi jadi aku tak tau nak beri pada sesiapa. Nak bagi kat random orang pun macam tak adil sebab semua pembaca blog ini aku kira semuanya sama. Tak ada berat sebelah sana sini.

____________________________________________
Tapi hakikatnya aku memang ikhlas nak let go bunga ni. Oleh itu, aku nak buat satu
PERTANDINGAN mengarang cerita yang bertajuk;
BERITAHU LADYNOE "TENTANG PERTAMA KALI AKU JUMPA SI DIA"
(dia tu kekasih kamu lah)
Syarat-syarat;
- Terbuka kepada semua yang berminat nak bunga SSF ni.
- Penyertaan hendaklah di hantar melalui emel. theLadynoe@gmail.com
- Penyertaan melalui komen tidak akan di layan
- Mestilah menarik sampai aku boleh terbayang-bayang
- Boleh sertakan gambar imaginasi sekali kalau nak
- Karya terpilih akan aku siarkan di blog ini
- Kalau nak bunga ini untuk hias kedai atau untuk bisnes pun takpe. Asal cerita best
- KRITERIA yang di galakkan; penulisan bersahaja, kelakar, sweet.
- TARIKH TUTUP : 6 Ogos 2009
- Emelkan dengan subjek; BERITAHU LADYNOE TENTANG PERTAMA KALI AKU JUMPA SI DIA
- update 1: aku awalkan tarikh tutup penyertaan ke 6 OGOS 2009 sebab takut nanti bulan puasa, aku malas nak gi pos pos or hantar hantar bunga tu nanti.
OK, blogger-blogger perkahwinan semua, ini lah masanya kamu orang menulis untuk mendapatkan sesuatu.
Kot.
Semoga bertemu lagi di lain entri!
=P

11 testimonial(s):
hak3..mcm kelakar je.ingat pertandingan sempena merdeka ke noe..ape pon..mcm nk join je utk suke2.tp tajuk die xpaham sgtla'BERITAHU LADYNOE TENTANG PERTAMA KALI AKU JUMPA DIA'.sape die tu noe?
terangkan sket bole?
tu la aku baca balik pun aku rasa kelakar. wahahah! tapi nak buat cemana. Aku takde idea nak letgo secara adil bunga tu. So tu je la yang aku mampu fikir untuk setakat ni.
hihihih
ladynoe...kelakar laaa...
tapi...
tajuk : pertama kali jumpe dia?
'dia' tu siapa?
ni kalu dah ada pemenang, boleh tak letak kat blog?nak gak baca hehe.
of course,with the writer's permission.
warghh seronok tu.. lame x mngarang kerangan. waaaarghhh
nk jugak ahh!!
best! tp klu cte xbest sowi yer noe..layankan jer...ahaks!
hahaha.. sampai kena buat pertandingan noe... tak ape, lebih adil la kan??
ladynoe, aku da sent entry aku. tapi tatau ko dpt ke tak. sbb mailserver aku agak gile minggu ni.
nyway, layankan cite tu eh.. hehehe
Orang yang dah kawin boleh tak join? Nanti boleh aku plak buat bisnes, sewakan kat orang. Ahahaha. Comel dengan tidak sengaja la plak entry ko ni.
aku silent reader ko ladynoe...
mula jumpa masa aku nak wat preparation majlis kawen aku...
x dapek la merasa bunga ssf ko tu sbb majlis aku pun dah setel hujung bln 7 aritu...
kepada yg akan menang bunga tu, tahniah la yer, mmg cantik bunga tu...
Catat Ulasan