28 Ogos 2009

TENTANG PERTAMA KALI AKU JUMPA SI DIA

Ini adalah karangan yang dipilih sebagai pemenang dalam pertandingan merebut bunga SSF.

Masalahnya cerita ni bukan tentang pertama kali aku jumpa si dia, tapi yang lebih tepatnya "Saat pertama kali aku rasakan yang dia adalah cinta aku". Tapi tak kiralah, aku nak cerita jugak. Sebab nak menang bunga tuh, boleh buat hantaran bertunang.

Kenapa aku tak leh nak cerita Tentang Pertama Kali Aku Jumpa Si Dia?. Sebab masa pertama kali jumpa tu memang langsung takde rasa apa-apa perasaan cinta atau minat jauh sekali.

Kisahnya dia ni junior aku, so bila dah kenal tu jadi agak rapat sebab semua benda yang dia tak tahu pasal subjek dia akan tanya aku. Mostly nota-nota kuliah dan segala. Sampaikan wujudnya keakraban yang tak dapat dihuraikan dengan kata-kata. Tapi bukan cinta. Bila dah bosan orang asyik tanya aku cakap je aku ni kakak sepupu dia.Tutup cerita.

2 tahun berkawan dan dalam masa 2 tahun tu masing2 pon ada kisah cinta -cinta monyet tersendiri tapi keakraban kami memang tak pudar walau sikit pon. Kadang2 aku rasa gak jeles bila dia terlebihkan pompuan lain tapi apehal kan aku nak jeles2, dia kan adik sepupu aku. Konon!

Bila aku dah nak masuk last semester tu perasaan tu memang dah develop dengan cepat dan tiba2 je. Aku rasa bahasa badan yang dia tunjukkan kat aku tu sangat berbeaza hinggakan menimbulkan getaran-getaran rasa yang aku sendiri tak dapat nak cerita kat sesiapa. Aku memang konfius tahap gaban masa semua tu berlaku tapi aku layan je.

Tapi semua tu tak lama sebab pada suatu malam yang hening aku plak accident dekat2 dengan tempat aku belajar. Aku malas nak cerita macamana accident tu berlaku sebab tak de kena mengena dengan Si Dia, tapi bila aku bukak mata masa kat atas jalan raya tu, aku terus pikir dia (selepas beristighfar, of course la aku ingat Tuhan dulu).

Ada sorang budak pompuan saksi kejadian datang pangku aku sebab aku dah tak dapat rasa dah kaki kiri aku ni. Sambil histeria menjerit " kaki saya patah kaki saya patah" aku keluarkan Hanset Nokia 3310 aku tu, aku tekan no phone Si Dia dan suruh budak pompuan tu bagitau dia aku accident.

Lama aku terbaring kat jalan raya tu sebab aku tak nak orang awam angkut aku gi hospital naik keta, aku berkeras nak tunggu ambulans. Bila Si Dia sampai aku pandang je muka dia terus aku rasakan suatu kebahagiaan yang abadi beb. Ketenangan yang aku rasa kalau aku meninggal masa tu pon memang aku redha (Padahal patah kaki je). Aku suruh dia bagitau ma abah aku dan dia teman aku naik ambulans ke hospital.

Masa kat hospital la seluruh alam kampus menyaksikan how lovely dia layan aku dan memang tak logik langsung kalau dikatakan itu adalah layanan adik sepupu! Sampaikan family aku pon rasa pelik. Dan saat yang aku takkan lupa sampai bila-bila tu pon tiba jugak bila dia ucapkan sesuatu yang membuatkan aku hampir pitam atas katil hospital tu; kata-kata cinta yang akhirnya aku sendiri admit yang aku juga cintakan dia.

Selepas bertungkus lumus aku bertongkat ke kuliah sepanjang semester terakhir tu, akhirnya aku berjaya menghabiskan semester tu tanpa perlu nak tangguh pengajian. Dia la yang tukang angkut aku dan si tongkat ke sana sini (Tak lupa juga kepada kawan2 lain yang membantu, teman serumah especially, tentulah aku tak lupa jasa korang)

Sampai sekarang kami pon masuk kerja sebagai bakal pensyarah di jabatan yang sama dan planning nak langsung majlis dan pegi sambung belajar kat oversea sama2..

Terima kasih cinta.
Aku cintakan dia amat!

____________________________________________

Tahniah diucapkan kepada Mamai.

Sila hubungi saya untuk tujuan penghantaran hadiah. Yang tak menang tu jangan berputus asa, lepas ni ada lagi benda aku nak let go.

Susah juga nak pilih karangan satu demi satu. Di antara tiga yang aku shortlist kan tu, sebenarnya ada satu yang juga menarik hati aku untuk dijadikan pemenang. Tapi aku hubungi melalui email suruh separate karangan dia dalam perenggan, dia tak balas balas sampai la la ni. Jadi aku taknak buang masa. Mungkin dah rezeki Mamai.

To Mamai, sila hubungi saya ya!

Selamat Pengantin Baru semua!

Semoga bertemu lagi di lain entri!

9 testimonial(s):

AmyMizzunderstood berkata...

sangat touching!huhuh...

Miss Myzah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Miss Myzah berkata...

I menang?

Alhamdulillah

Thanks LadyNoe

Huuuhuhu rasa macam nak nangis

wahidayaakub berkata...

sweet hehe. semoga Mamai berbahagia ke anak cucu. :)

Luv like this.... berkata...

yehh...memang meresap dlm tulang temulang

toulippe berkata...

congrate mamai.nnti bleh ke nak pinjam bunga tu?hehe...

Miss Myzah berkata...

Toulippe: hehe boleh je..kite hargai sangat keikhlasan Ladynoe bagi bunga2 tuh.

Kite rasa nanti kite pon akan buat sesuatu pada bunga2 tu dan bunga2 lain yang bakal ada.

Mungkin jadi macam piala pusingan pulak bunga tuh..Hehe.

Sorry LadyNoe, menumpang blog plak..kehkeh

Asue berkata...

Congratsss mamai..mmg sgt touching!!semoga berbahagia ya..newa selamat berpuasa..ladynoe..i link u oke!!salam perkenalan

toulippe berkata...

miss myzah: terharunya sudi nk pinjamkan.huhu...ltak name kte dlm waiting list for dismber la ea.hehe..thanx to u n Ladynoe.
salam prsahabtan ye:>