28 September 2009

Sesungguhnya, plagiat itu memang menyakitkan hati.


Haih..benda-benda macam ni, walaupun ada orang anggap perkara yang tak berapa nak serius, tapi serba sedikit mengusik hati aku lah. Serius, fikiran dan emosi aku terganggu.

Bagi aku, industri seni kreatif di Malaysia yang sangat kecik ni, apa yang kita perlu ada ialah sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Aku percaya, banyak karektor atau ikon di keluaran designer Malaysia tidak di-patent kan. Jadi fenomena seperti itu memang mudah dipergunakan, dimana ada pihak-pihak tertentu sesuka hati mencilok atau mem-plagiatnya.

Cuba lihat dari segi positif. Dari segi pemikiran seorang designer yang berkredibiliti. Kamu pasti faham apa yang aku ingin sampaikan.

Sekali pun aku ada membuat review melalui paparan imej di internet terhadap gubahan hantaran, misalnya, aku tak pernah lupa untuk kredit tuan asal empunya gubahan tu. Yes, saling hormat menghormati. Itu je yang kita ada di industri seni kreatif di Malaysia ni. Kalau kau nak pikir jauh macam kat US sana, aku dah patent kan siap-siap, siapa guna, aku boleh saman ribu-ribu.


Sebelum ni ada jugak orang pernah mintak izin dengan aku nak guna ikon yang ada di dalam kad kawen aku ni. Aku memang tak kasi. Sebab benda ni sentimental value. Aku lukis ikon ni sama-sama dengan suami aku. Berjaga malam-malam (sebab masa kerja kat advertising agency dulu, paling awal aku sampai rumah ialah jam 10 Malam. So nak buat kerja lain memang kena berjaga sampai larut malam). Bila ada yang tak kena sikit, kami ubah. Bila banyak sangat ubah, aku merajuk. Sebab aku tukang lukis, suami tukang proceed.

Faham tak sentimental value?

Aku tak kisah pun nak lukiskan ikon untuk orang lain. Dan aku tak kisah pun kalau orang nak guna ikon-ikon aku yang dah sedia ada sebelum ni. Dan aku hargai setinggi-tinggi langit kalau orang kreditkan nama aku.

Tapi jangan yang ini. Tolong lah. Jangan.


Aku bukan Ub Iwerks. Aku ni bukan sesiapa pun. Kau sebut nama "Ladynoe" kalau orang yang tak pernah baca blog aku, mesti tercengang-cengang tak kenal. Lain kalau kau sebut "Las Copaque". Kau pergi pasar malam mana-mana nampak baju upin ipin, kau tau tu Las Copaque punya ciptaan. Dan diorang secara untungnya dapat promosi bergerak secara percuma. Kalau kau nampak ikon aku kat cawan, kat baju, kat kad atau mana-mana, orang tau tu aku punya?

Nak nak kalau trang tang-tang dia letak label website sendiri kat item tu.

mediagraphy.wordpress.com..siap ada copyright reserved. entah apa yang kau copyright, aku pun tak tahu lah.

Haih...tah lah. Benda-benda macam ni..serba sedikit, merosakkan mood aku lah.

Takde respect lansung. Macam mana bisness nak berkat? Mungkin dari sini, aku boleh nilai kredibiliti dan kualiti seorang designer itu sendiri lah

OK lah, sekian berjumpa lagi di lain entri. Bye.

28 testimonial(s):

modusoperandi111209 berkata...

smpai camtu skali.. dorg x pikir ke yg dunia blog nih.. kona2 jumpe gak.

A.k.i.r.a ~ c.h.a.n berkata...

eeeiii..teruknya! ko pi serbu office die skit.. suke2 je gune orang nye design..

anakcikmad berkata...

ala...not found plak page link tu...
sabar ye...
^_~

bungabulan berkata...

Noe,kau registered jelah semua artwork ko tue,pas ni ,leh ko saman jer si lahanat tu!!

aeenwahiddin berkata...

hi noe, actually ain jumpa another person yg buat similar like urs juge. tapi dah tukar bride nye bertudung. :(

Sue Anna Joe berkata...

Melampau. I think you should do something about it. Dah contact depa? Kalau nak saman tak sampai hati, plus kat Mesia ni, tahlaaaa, but you should. Teach our 'designers' a lesson. Paling koman a compensation lah. Haih. Gila bengang okay. Dem.

Plus, this is a sign, maybe you can make a good income buat benda sampingan design-design camni.

Riena berkata...

cantik la card wedding tu... tapi org cilok tu yg sakit hati tuuu....

Ladynoe™ berkata...

nanti lah. bila aku dah establish, aku memang akan register semua. nak ikutkan boleh je mintak creative common settle kan. tapi malas nak panjang-panjang sangat.

NahWaL berkata...

hmmm..tak besla camtu.penat2 pk sendiri kan..suke2 je nak tiru..dah takda idea sangat la tue.kok ye pon toksah a sebijik2..

ctfza berkata...

ciannyer.. memang melampau la copy terus sejibik jibak macam tu.. diorang tak takut ke buat biz tapi main ciplak2.. tak takut ke berkat ke tak rezeki diorang tu.. hishh.. tumpang geram.. sabar la yer ladynoe..

nona berkata...

haah..samela...
kite pun jumpe kad yg lebih kurang same..
tp bertudung.
tp mmg same...
cian noe ek..
tp xtaula klu die dh mntak izin noe dulu..

Wahida Yaakub berkata...

hmm... sungguh tidak patut. sangat pedih dan sedih bila artwork kita diplagiat.

tapi ladynoe, omputih kata, imitation is the best form of flattery. if you know what i mean ;)

cikdebup berkata...

nk mintak cik no0r design kn kad kawen nnt,blh?

tengkujuh berkata...

cantik kad noe tu.suke!
i also hate plagiat.
creative lah.

Madu Warna Biru berkata...

ish tak baik betulla dia ni ... sape copy macam ni sampai guna macam dia punya icon plak...

Wiz berkata...

Please sue them. It's your right. Sentimental value has no price. YOu need to do this for yourself. Proceed alright. We are all with you on this.

Z berkata...

Noe, aku rasa the term is spelled 'patent', not pattern.

No offense tau, aku memang mengada macam ni. Suka betulkan ejaan. Habit.

Ladynoe™ berkata...

thank you Z.

sharkpitt berkata...

Salam takzim,stumbled upon your blog.

Sangat tak ethical.At least kreditla empunya.

Patenting is sgt teruk kat mesia.karenah birokrasi adalah melampau,kurang tenaga pakar is also the main culprit,kurangnya rasa hormat is also one thing and no one in power seems to be bothered.

Hang in there.Truth will prevail.InsyaAllah.

fakishap berkata...

ladynoe

nak mintak tlg lukiskan icon leh tak? ak lemah melukis ni..leh tak?

Ladynoe™ berkata...

fakishap

boleh. satu ikon RM250.

Daniera berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Daniera berkata...

Salam. orang pon emo jerk tgk die plagiat Ladynoe nyer artwork. Orang taw cner berharganya ble kiter dapat create satu2 design tuh. Taper, nowadays Allah bayar cash jer, tader credit2 da. Adalah pembalasannya tak lama lagi tu. Hehe.. (emo benar plak sy ek? huhu)

A.D.Z.I.E.M berkata...

huhuh.. nk tahu la sape designer n pengantin... sebab from my hometown.. Tapah.. eiiuww... huhuhuu...

Nurul Kreviazuk berkata...

sedihnye..sbb ikon tue yg paling pnting - ade sentimental value between u n ur husband..

nyummyme berkata...

eii...jahat nyer..cilok2 org nyer idea..tak kan tak de idea sendiri kot..giler desperate...

Lady Caca berkata...

Salam.

Lahaii.. Kesiannya awak Noe.. Tapi kad tu memang cantik. Saya sendiri ada tunjuk dekat bf saya nnt kahwin nak kad macam Noe. Kad yang cute sangat, dan tidak tipikal

=)

taqO berkata...

salam.
nice sangat kad kawin
yg crete sendiri tuh.cam nak cuik pun ade.he2.but sy bukan org camtu.

pape pon plagiat kat malaysia nih.
sangat la berleluasa,yg xleh tahan xmalu langsung.ho2.dah la mencuri.
pastu kate dia yg create.adeii~
sakit ati kan?kan?

leh share saiz standart tuk kad kawin?akak sy suh create tuk dia.hu2. :D thx~