proses membungkus hadiah untuk Mamai. Bye bye bunga SSF yang comel. Pergi cantikkan hanataran orang lain pulak, ya!Musim perkahwinan menjelang lagi. Bila di fikir-fikirkan balik, rupa-rupanya aku suka melibatkan diri dalam agenda penyatuan dua hati ni. Suka tengok dua pasangan disatukan. Aku suka nasihatkan kawan-kawan aku, kalau dah ada calon, dah mampu, lansungkan lah cepat-cepat. Bagi aku tak ada alasan untuk tak bersedia. Sebab kadang-kadang aku tak faham bila orang cakap "tak bersedia". Bagi aku kalau dah bercinta, dah kenal hati budi, dah mampu, apa lagi yang tak sedianya.
Komitmen bukan lah sesuatu yang menyeramkan. Kalau di hayati betul-betul, kehidupan suami isteri ini indah sangat. Walau memang ada orang cakap rumahtangga ni adalah satu perjudian di dalam hidup di mana untung rugi di masa hadapan kita tak tau lagi, tapi aku percaya yang baik tu semua datang dari Allah, yang buruk tu adalah kerana kita sendiri yang lalai dan tidak peduli dengan akibat yang datang daripada perbuatan sendiri.
Baru-baru ini datang seorang kawan yang nervous nak berkahwin, bertanya;
"Noe, lepas kawen, ada gaduh-gaduh tak?"
Semua orang ada buat silap. Sama lah dengan aku. Tipu lah kalau lepas kahwin tak ada gaduh-gaduh. Tapi transparensi tu penting dalam sesuatu hubungan. Sabar, jujur, setia, percaya, bertolak ansur, insyaAllah...
dan selalu lah berdoa kepada Allah agar dipanjangkan jodoh dan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat. Dan yang paling penting, mintak kat Dia agar JADIKAN diri sendiri seorang insan yang baik, isteri/suami yang baik. Sebab kalau asik mintak orang baik dengan kita tapi kita tak baik dengan orang pun tak betul jugak. Kot.
Siapa lah aku nak bagi-bagi nasihat ni. Aku percaya kebanyakkan dari kita adalah sebaya, dan ada yang lebih tua dari aku. Jadi keberadaan aku di sini adalah tidak lebih dari nak berkongsi pendapat sahaja. Kalau pendapat aku ni macam tak boleh diterima pakai, aku mintak maaf lah ya.

siap di pack sebelum kena bungkus dengan brown paper untuk pos laju. Aku bagi semua sekali dengan manik-manik dan daun-daun kecik. mana lah tau Mamai boleh dapat idea baru ke.Baru-baru ini, pemenang karangan untuk merebut bunga SSF kita baru je lepas bertunang. Tahniah untuk Mamai sekali lagi. Aku harap kamu berbahagia dan langkah kamu ke alam perkahwinan ni diberkati.
MMS dari Mamai. Katanya ini bukti bunga telah sampai dengan selamat.Lega betul bila bungkusan sampai pada waktunya. Iyalah, masa bulan puasa aku agak sibuk sedikit. Maklumla pertama kali berpuasa sebagai isteri. Dulu jam 5.00 pagi, mak kejut, makanan dah tersedia, sekarang, jam 4.30 pagi aku yang bangun dulu sediakan makan untuk suami. Tidur nak kena awal, kalau tak badan aku tak dapat nak tampung rutin yang ketat macam ni.
Almaklumlah kan. Hehe.
Ok lah, semoga bertemu lagi di lain entri. Aku doakan semua berjalan lancar untuk kamu semua. Bye!
Almaklumlah kan. Hehe.
Ok lah, semoga bertemu lagi di lain entri. Aku doakan semua berjalan lancar untuk kamu semua. Bye!

4 testimonial(s):
noe, aku baru btunang raya kelima dan insyaALlah bakal berlangsung tahun dpn . aku pon tak phm,ramai yang suka dtg dan tanya kat aku, aku dah bersedia ke.mungkin diorang tak caya, umur 23 dah tunang.siap ada suruh aku tgu umur 26 baru kawin.tak paham btol aku. agaknya lg 10 tahun,umur 30 tu br ramai kawen
wow ye ke..congratulations..kalau orang pertikaikan usia kau untuk berkahwin, kau cakap je..
"aku nak anak cepat, aku taknak nanti umur 40 tahun anak baru darjah 2."
heheh.
HAHA.
aku jawab.
tahun depan saya berazam jadi mak. anda bila lagi?
thank u :)
err.. noe,
nampak gaya macam dah ada 'isi' je?
*random guess* heh.
Catat Ulasan