"Noe, aku nak tanya kau sesuatu,"
"Ya,"
"Kenapa kau nak tolong orang sedang orang tak terpikir nak tolong kau balik pun?"
Aku diam. Sebab aku tak ada jawapan bagi soalan senang macam tu. Persoalan itu timbul berasaskan Blog Misi 5 April ni jugak. Sebenarnya aku rasa aku tak tolong orang pun. Aku bukannya nak..macam..'hai, aku orang baik, aku tolong orang. Oh baiknya aku,'
No.
Aku sebenarnya macam seronok berkongsi idea dengan pembaca. Yang perlahan-lahan akan jadi seorang kawan. Berbual tentang kepentingan yang sama. Berbual tentang misi yang sama. Berbual tentang pengalaman menempuh alam perkahwinan. Tah la. Lebih-lebih lagi kalau kawan aku sendiri yang nak mendirikan rumah tangga. Imagine la berhingus sama-sama dulu, then tiba-tiba nak kawin dah. Nak menempuh alam yang sama. Nak mengandung, nak ada anak. Macam best je!
Macam sebelum ni aku tiba-tiba jumpa Idayu (ok hope korang kenal sebab aku dah hilangkan link blog dia semenjak tukar layout) kat kedai bawah pokok belakang opis aku. Hahaha. Kecik betul dunia. Rupa-rupanya pejabat dia depan pejabat aku je. Dan dia selalu makan kat cafe pejabat aku. Cuma aku ni jenis terperuk dalam pejabat sikit. Jarang keluar. Waktu rehat pun buat kerja jugak. So tak pernah berjumpa sebelum ni. Aku ni rabun dan jenis jalan tak pandang orang. Nasib baik dia cam kan aku. Hahaha. Seronok OK.
Mungkin ada berpendapat aku ni kawen awal sangat. 24 tahun dah nak bersuami. Tapi tu pendapat orang lah. Aku ada target sendiri. umur 35 tahun aku nak stop proses anak. Time tu dah ada at least 4 anak (InsyaAllah). Dan target aku, bila umur aku 50 tahun, anak sulung aku dah habis belajar or bekerja or dah nak kawen dah pun. (pun InsyaAllah)
Dan aku mintak sangat by the time anak sulung aku nak kawen, aku masih kuat lagi nak buat preparation untuk majlis dia pulak.
Best woi!
Tak tahulah kamu di luar sana punya pemikiran macam mana. Rezeki, jodoh, ajal, Allah juga yang tentukan.
Baru-baru ni, demi untuk menampung kehidupan yang baru ni, aku dan suami sedaya upaya cari duit lebih sikit dengan mengambil upah untuk merakamkan detik-detik manis di majlis perkahwinan orang.
Saja suka-suka je sebenarnya. Tahun depan mungkin akan menjadi extra serius. Bukan apa, aku nak terlalu serius sekarang pun, aku tak berkemampuan dari segi fizikal. Kan. So dah tau sebab kenapa aku jarang update blog sekarang? hahah. Nanti soalan-soalan yang menimbuni e-mail aku tu akan aku jawab jugak nanti. Harap bersabar lah ya.
Sebab macam banyak je benda aku nak kejar sekarang ni. Macam banyak je cerita yang aku hutang dengan pembaca blog ni. Tapi yang pasti, 11 November ni aku ada sesuatu untuk di kongsi! Wahahaha!
OK lah, Selamat pengantin baru kepada semua yang baru naik pelamin. Bagi yang sedang membuat persiapan dan yang baru pasang angan-angan, aku doakan korang berjaya sampai ke misinya.
Quality Weekend: Swimming Pool Presint 9
4 beberapa hari yang lalu





5 testimonial(s):
kedua-dua blog noe akak baca.
melalui blog jugak kita bleh dapat kawan/lawan baru...yang mana satu yang kita mau...tepuk dada tanyer selera.
erk...idayu yg nih ker noe cari?
http://dayuyuna.blogspot.com/
harap2 membantu yer
24 tak awal la...kira ok pe tuh...
salam ziarah noe!
Noe, keep on writing & sharing ya. Salute.
huhuhu terima kasih kak Azimah.
thank you ajjah.
alah..terlambat baca entry ni
asyik menunggu entry baru kat blog lg satu..
heeheheh, tak sangka kan boleh jumpe aritu..dan lagi tak sangka opis kita sebelah2 je rupanya..
isskk..sebenarnya tak sangka noe kenal kita tau..
Hye Noe.
Saya silent Reader kamu sejak Mac. Banyak info saya dapat daripada blog kamu. Thank You for sharing.
Apa yang menarik untuk saya komen ialah, perancangan kamu tentang anak, masa depan dan tentang umur 24 dah nak bersuami.
Saya akan berkahwin 19 Disember ini, dan umur saya pon 24 tahun. Dan perancangan kita tentang anak juga sama. Sama-sama berdoa dipermudahkan dan dikurniakan rezeki.
Nway, tahniah for ur coming baby!
Catat Ulasan