15 Januari 2010

Menjawab Soalan di Chatbox - 2#

Sebenarnya aku harap kamu baca nukilan blog aku sampai habis kalau betul betul nak tahu beli di mana, harga dan segala. Tapi takpe lah hari ni mood aku baik. Aku jawab serba sedikit lah apa yang aku rasa aku boleh nak jawab.

• Boleh tak I tiru konsep perkahwinan yang macam Ladynoe cerita kat blog ni?

Boleh. Kalau tak boleh, aku tak blog kan. Setiap apa yang aku kongsi adalah untuk manfaat bersama. Blog ini memang cerita tentang perkahwinan yang DIY. Cuma aku tak berkenan bab-bab ciplak kad kawen bulat-bulat lah ya.

Macam mana nak buat layout macam Ladynoe?

Layout apa? Sorry soalan ini di balas dengan soalan balik. Tapi, seriously, layout apa?

Bunga Hantaran U from SSF ya? How much eh?

Sila rujuk pautan ini.

Ingin menjual telekong. Ingin menjual coklat...

Mintak maaf banyak-banyak. No free advertising here. Aku tak selesa. Tapi kalau nak promote bisness kamu di sini, sila email aku di theLadynoe@gmail.com. Sebulan RM20 je park iklan. Aku siap boleh kasi review percuma lagi. We're pengantin-pengantin taknak la orang ambik kesempatan melebih-lebih sangat kan.

Mana nak cari dulang plastik yang macam U beli tu ek?

Saya beli kat De Hantaran kat Rawang. Harga dia kalau tak silap RM16.50. Aku pernah usha kat Nilai, harganya umak ai RM23!

De hantaran kat Rawang tu kat mana ek?

Pergi pekan Rawang. Cari Maiden Rawang. De hantaran kat deret depan deret Maiden tu ha. Signboard dia besar. Aku rasa senang nak carik once kalau dah jumpa Maiden Rawang tu.

I minat la kad kawen U. Boleh tak I nak mintak U designkan kad kawen untuk I?

Kalau kamu faham konsep DIY - Jawapan aku ialah 'tak'.

Hai kak Noe nak tanya kalau konsep warna saya ungu cream bilik sesuai cat warna apa ek?

Secara ringkasnya aku nasihatkan kalau boleh warna jangan lebih dari 3 jenis. Dan kalau boleh warna tu biarlah warna yang tak lari jauh dengan padanan warna yang dua tadi. Contoh kalau dah ada Ungu dan Cream - bilik tu kalau nak ubah selera cat la warna pale pink dan cream.

Nak cerita ni kena nak ada satu ulasan yang panjang berjela. Seperti yang aku pernah cakap sebelum ni, sebenarnya padanan warna bergantung mengikut konsep yang kamu pilih.

Kalau nak konsep sweet..manis..lembut..ungu-putih-cream atau ungu-cream-pale pink. Kalau nak konsep yang lebih daring ungu-cream-green. Melambangkan macam lavender pula lah jadinya.

So kalau yang pilih konsep Lavender ni, ha google je gambar bunga lavender then padankan semua elemen yang ada pada lavender ni ke atas konsep perkahwinan kamu. Mungkin baju purple - pelamin putih dirias bunga ungu dan daun hijau - hantaran light purple dirias dengan sedikit daun hijau - bilik cat warna purple (gloss finishing) cadar cream dan sedikit suntikan hijau di mana-mana. (ingat- putih ialah the color of savior) Tapi jangan lupa, jangan over warna, OK?

Photo taken from coocolor - edit semula warna dinding by Ladynoe.

Lagi satu tips mengenai bilik tidur ialah - TOLONG jangan sepahkan bilik pengantin dengan segala bakul dan kotak barang cenderahati majlis. Ye la aku faham, kadang-kadang kita mungkin terlupa yang BILIK PENGANTIN ADALAH BILIK YANG SEHARUSNYA BILIK YANG PALING CANTIK pada hari perkahwinan kamu. So tolak la semua bakul-bakul dan kotak cenderahati yang menyakitkan pemandangan tu ke bilik-bilik adik beradik lain. Nak nak kalau bilik pengantin kamu tidaklah sebesar mana. Kalau bilik kamu luas dan membolehkan photographer nak adjust angle agar kecacatan tu tak kelihatan, itu mungkin lain cerita.

Kalau ada adik beradik pengantin yang baca blog aku ni, aku nasihatkan bertolak ansur sikit lah kot di hari bahagia kakak abang kamu. Biar mereka tumpang benda-benda tu semua di bilik kamu buat sementara waktu, ya. Bukan apa - Aku dan suami kan freelance photographer juga, jadi kebanyakkan bilik pengantin yang kami pergi semasa menjalankan tugas, semuanya bersepah dengan bakul-bakul dan kotak-kotak besar yang aku maksudkan.

Sebenarnya aku tak kisah pun. Cuma kamu (pihak pengantin) jangan mengeluh bila dapat gambar pose dalam bilik yang bersepah pula - ATAU - jangan mengeluh kalau ada photographer yang refuse untuk print gambar pose dalam bilik sebab bilik pengantin kamu bersepah sangat..

Begitu lah adanya..

Ok lah, sebenarnya banyak lagi cerita yang aku hutang dengan pembaca di sini. Ada yang dah kahwin dah pun tapi aku tak sempat-sempat nak cerita lagi semua. Bagi aku masa sikit ya. Sebab kebelakangan ni hidup aku macam beralih dari fasa ke fasa dengan kadar yang sangat cepat pulak. Banyak preparation nak kena buat.

Akhir kata, sempena lagi 5 hari nak menunggu hari bersalin ni, aku ingin minta agar kalian semua mendoakan keselamatan untuk aku dan anak yang bakal di lahirkan kelak. Halalkan benda-benda yang aku janjikan tapi belum tertunai lagi - InsyaAllah aku tunaikan juga lepas semuanya selesai.

Sekian, semoga bertemu lagi di lain entri.

=)

5 testimonial(s):

roeza berkata...

ladynoe, thanx for the tips!
smoge selamat melahirkan ye!

fikaryna berkata...

semoga semuanya selamat..

~ n0ra ~ berkata...

COngrates on your baby girl... Good Luck on ur new phase in life!!! Mwah!!!

Kaseh NazLieza berkata...

selamat pengantin baru...

inginkan pakej katering serendah rm6.90 per pax...lawati :

http://nazliezacanopycateringweddingplanner.blogspot.com/

Kaseh NazLieza berkata...

juga selamat menimang cahaya mata...AMIN

inginkan pakej katering serendah rm6.90 per pax...lawati :

http://nazliezacanopycateringweddingplanner.blogspot.com/