29 Ogos 2011

Raya Sale di SSF Jalan Tuanku Abdul Rahman

Assalamualaikum.

Hai bakal pengantin semua, apa khabar? Hati masih berbunga?

This is  just a quick update, aku nak kongsi dengan kamu semua. Kini di SSF Jalan Tuanku Abdul Rahman sedang mengadakan jualan murah yang akan berlansung sehingga September. Tapi September berapa hari bulan aku lupa nak tanya. (sorry!)

Banyak benda yang aku rasa boleh dikatakan murah. Seperti salah satu contoh;

 Bekas ni. Yang atas tu 24cm x 36cm (RM8), dan yang bawah 21cmx 33cm (RM5.50) sahaja. Aku beli 3 sekali gus. Satu aku letak di pejabat, lagi dua, seperti yang kamu lihat, sudah pun selamat terletak di rumah aku. Satu aku buat letak stationary agar work station aku tak bersepah sangat.

Didatangi dalam warna Hijau, Coklat Gelap dan Merah.

Dan satu lagi aku letak bekas kuih raya. Bekas kuih raya ni pun comel dan murah. Hanya RM32.90 di Sogo di mana aku kira MUNGKIN sesuai diolah sebagai barang hantaran.

Banyak benda nak cerita, tapi cukup untuk hari ni dulu. Persiapan nak raya lebih penting dari membaca blog kan? Heheh

Selamat Hari Raya semua!




2 testimonial(s):

asoarchery berkata...

awak, tulis lah lagi kt sini...kita selalu masuk jenguk tau...walau pun kita dah jadi mantan pengantin dah laa ni..tp still minta thgs yg cantik2 n nice2 idea mcm yg u share kt sini....keep writing yup :) long live..live well..take care noe

BitsBest berkata...

thanks yer for info...sgt berguna :)