13 Oktober 2011

Sangkot The Wedding Garden Place

Mungkin aku orang yang terkahir di anatara kamu yang tahu akan ini. Tapi apa pun, ianya tetap perkara yang menarik untuk aku kongsi di sini. Sekarang ni memang macam-macam benda menarik yang diketemui. Terutamnya dalam bidang cerita kahwin kita lah.

Sangkot, The Wedding Garden Palace,
Satu lagi 'port' yang disediakan atas dasar keprihatinan pengasasnya sendiri, Zolhaili Latif dan Zalimalaysiana yang menyedari di Kuala Lumpur tidak banyak pilihan tempat untuk konsep perkahwinan dalam taman, mereka telah membuka satu tempat yang diberi nama SANGKOT.

Comelnya nama. 'Sangkut'. Macam dua hati tersangkut gitu. :)

Sangkut terletak di Hulu Langat. Bagi aku tempat ni cool. Not Bad. Walaupun jauh dari Kuala Lumpur, tapi aku rasa berbaloi. Ada orang nak dapatkan suasana majlis perkahwinan sebegini, sanggup gagah buat majlis perkahwinan kat Janda Baik, Pahang.

Okay layan gambar. (kredit kepada the unknown photographer)









Untuk lebih banyak foto kamu boleh ke laman portfolio FadManaf dan bagi yang berminat nak riki harga dan sebarang pertanyaan boleh ke FB Sangkut Sendiri di http://www.facebook.com/sangkotplace

Sampai di sini sahaja kali ini. Selamat pengantin baru semua.

:)